• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Formula12025: Norris Menang GP Brazil, Antonelli Raih Keputusan Peribadi Terbaik Setakat Ini

#Formula12025: Norris Menang GP Brazil, Antonelli Raih Keputusan Peribadi Terbaik Setakat Ini

November 10, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

PEMANDU McLaren-Mercedes Formula Satu (F1), Lando Norris mengukuhkan kedudukan dalam Kejuaraan Pemandu selepas merangkul kemenangan dramatik di Grand Prix (GP) Sao Paulo.

Itu selepas Kimi Antonelli (Mercedes-AMG Petronas) mempertahankan tekanan sengit untuk kedudukan kedua daripada juara dunia empat kali, Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing) yang melakukan kebangkitan hebat dari pit lane untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Aksi Penuh Dramatik di Interlagos

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Selepas bermula dari petak pertama, Norris mengekalkan rentak ketika beberapa insiden awal berlaku, termasuk kemalangan jentera Stake F1 Team Kick Sauber, dipandu Gabriel Bortoleto yang menyebabkan kereta Safety Car dikerahkan.

Selepas perlumbaan bersambung, Virtual Safety Car pula muncul susulan insiden melibatkan rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri yang melanggar Antonelli dan secara tidak sengaja menyebabkan pemandu Scuderia Ferrari HP, Charles Leclerc terpaksa bersara awal.

Kekecohan Bersambung

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Piastri dikenakan penalti 10 saat atas insiden itu, manakala strategi berbeza pasukan membuka ruang kepada kebangkitan Verstappen yang bangkit selepas mengalami insiden tayar pancit awal perlumbaan.

Akhirnya, Norris melintasi garisan penamat dengan kelebihan 10 saat untuk meraih kemenangan ketujuh musim ini, manakala Antonelli menahan serangan saat akhir Verstappen bagi memastikan kedudukan kedua terbaik dalam karier.

Keputusan 10 Teratas GP Brazil 2025

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

  1. Lando Norris (McLaren-Mercedes)
  2. Kimi Antonelli (Mercedes-AMG Petronas)
  3. Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing)
  4. George Russell (Mercedes-AMG Petronas)
  5. Oscar Piastri (McLaren-Mercedes)
  6. Ollie Bearman (Haas F1 Team)
  7. Liam Lawson (Visa Cash App RB)
  8. Isack Hadjar (Visa Cash App RB)
  9. Nico Hulkenberg (Stake F1 Team Kick Sauber)
  10. Pierre Gasly (BWT Alpine F1 Team)

Petikan Utama

Aku pecut habis! Perlumbaan yang menakjubkan dan seronok dapat menang di Brazil. Trek hebat, peminat hebat. Kemenangan ini untuk Gil de Ferran… Aku pasti dia bangga," kata Norris selepas perlumbaan.

Seterusnya dalam Kalendar F1

Selepas seminggu berehat, F1 akan memasuki triple header terakhir musim ini dengan GP Las Vegas bermula 20-22 November nanti.

SUMBER: FormulaOne

Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025
Lando Norris juara F1 GP Brazil 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, F1, Formula One, Formula Satu, GP Brazil, GP Sao Paolo, Lando Norris, McLaren-Mercedes Formula 1 Team, Mercedes-AMG Petronas F1, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my