• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Secret Sales Tawar Kejutan Eksklusif Buat Pelanggan di Seluruh Negara

Volvo Secret Sales Tawar Kejutan Eksklusif Buat Pelanggan di Seluruh Negara

November 4, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

VOLVO Car Malaysia menutup tahun ini dengan penuh gaya menerusi kempen Volvo Secret Sales, acara jualan khas yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di semua bilik pameran Volvo seluruh negara.

Sepanjang tiga hari ini, pelanggan bakal menikmati rebat rahsia eksklusif di samping tawaran sedia ada, serta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000.

Tawaran Rahsia dan Hadiah Bernilai Tinggi

Kempen istimewa ini menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati rebat rahsia tambahan di atas promosi semasa. Lebih menarik, mereka yang membuat pembelian kenderaan Volvo sepanjang hujung minggu tersebut berpeluang memenangi hadiah lumayan termasuk:

  • Percutian impian bernilai sehingga RM100,000
  • Gajet elektronik terkini bernilai RM50,000
  • Kotak hadiah eksklusif bernilai RM50,000

Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu membuat tempahan model Volvo pilihan antara 14 hingga 16 November 2025 dan melengkapkan pendaftaran selewat-lewatnya pada 30 November 2025. Mereka juga digalakkan berkongsi kisah #MyVolvoJourney di Instagram atau Facebook dengan sertakan akaun rasmi @VolvoCarMalaysia dan pengedar yang mengambil bahagian, serta memastikan akaun media sosial dalam mod awam semasa hantaran dibuat.

Sorotan Tawaran Menarik Volvo Secret Sales

Antara model utama yang ditawarkan dalam kempen ini termasuk:

  • Volvo EC40 Twin (Elektrik Penuh) – rebat sehingga RM40,888 (unit terhad).
  • Volvo EX30 – SUV elektrik paling mampu milik Volvo, kini dengan penjimatan sehingga RM33,888.
  • Volvo XC40 Mild Hybrid – rebat menarik sehingga RM30,000.
  • Volvo XC60 MY25 – rebat sehingga RM30,000 bersama pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800.
  • Volvo EX90 – insurans tahun pertama percuma bernilai RM10,000 dan pemasangan pengecas dinding bernilai RM5,000.
  • Volvo XC90 baharu – disertakan pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800 serta tawaran trade-in sehingga RM15,000.
  • Volvo XC60 versi terbaharu – insurans tahun pertama RM8,500 bersama VSP Plus 5 bernilai RM15,800.
  • Volvo EC40 Single – dilengkapi insurans tahun pertama RM5,600 dan wall box charger RM5,000.

Volvo XC90 Black Edition 2026

Selain tawaran di atas, pelanggan boleh menantikan rebat rahsia tambahan dan promosi masa terhad yang hanya sah sepanjang tiga hari kempen.

Daftar Sekarang untuk Volvo Secret Sales

Acara ini akan berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025, jam 10 pagi hingga 6 petang, di semua bilik pameran Volvo di seluruh Malaysia. Pelanggan digalakkan membuat tempahan awal dengan pengedar pilihan bagi menikmati layanan peribadi dan tawaran eksklusif semasa acara.

Tempahan boleh dibuat di laman rasmi: volvocarmalaysia.com/secret-sale

Untuk memudahkan pemilikan, Volvo Car Finance turut menawarkan pakej pembiayaan menarik dengan kadar faedah serendah 2%, termasuk kelulusan pinjaman pada hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram bagi kemas kini dan promosi terkini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Promosi Kereta, rebat kereta, SUV Volvo, Volvo Car Malaysia, Volvo Cars, Volvo Secret Sale

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev