• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru WRX STI Type RA NBR Special - Kereta Penumpang Terpantas di Nürburgring

Subaru WRX STI Type RA NBR Special - Kereta Penumpang Terpantas di Nürburgring

July 29, 2017 By Abang Hirata 5 Comments

903
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Civic Type R ialah kereta terpantas di litar Nürburgring? Ya, benar, tetapi itu hanya dalam kategori kereta pacuan roda depan (FWD). Di bawah ini pula rekod baharu untuk kereta penumpang 4-pintu terpantas di litar sama.

Subaru WRX STI Type RA NBR Special baru saja mencatatkan rekod baharu untuk kategori tersebut di litar lumba Nürburgring yang berjarak 20.6km dengan masa 6:57.5 (6 minit 57.5 saat). Masa tersebut direkodkan alat perakam masa Nürburgring dan disahkan pegawai rasmi litar tersebut.

Spesifikasi Utama Subaru WRX STI Type RA NBR Special

  • Dibina khas untuk membuktikan keupayaan sedan baharu Subaru. Menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD).
  • Kereta ini turut mencatatkan rekod dalam perlumbaan Isle of Man TT dan acara daki bukit Goodwood Festival of Speed (keseluruhan tiga terpantas).
  • Dibina Prodrive daripada model standard WRX STI (2017) dengan frem keselamatan dipateri kepada badan standard WRX STI untuk lebih kukuh dan tegar.
  • Prodrive menggunakan enjin spesifikasi rali Boxer 2.0L dan teknologi Subaru Symmetrical AWD.
  • Enjin Boxer 2.0L Subaru WRC diubah suai - ruang ambilan (75mm), boost turbo 25psi.
  • Kuasa kuda lebih 600hp pada 8,500rpm.
  • Kelajuan maksimum direkodkan Prodrive, 288kmj pada 8,500rpm dalam gear tertinggi.
  • Transmisi WRC daripada jenis klac automatik yang diubah suai dengan hidraulik untuk fungsi pedal anjakan. Masa tukaran gear paling pantas ialah 20-25 milisaat.
  • Menggunakan tayar slick 9-inci.
  • Menggunakan pakej aerodinamik baharu yang berbeza berbanding tetapan ketika perlumbaan Isle of Man TT, tahun lalu. Kereta kini lebih laju, manakala pengendalian lebih baik.
  • Dalam kelajuan maksimum, pakej aerodinamik membantu menghasilkan daya bawah (down force) sekitar 295kg.
  • Spoiler belakang menggunakan teknologi Sistem Pengurangan Seretan atau Drag Reduction System (DRS), sama seperti kereta Formula Satu (F1).
  • Gabungan fungsi hidraulik dan elektrik membolehkan spoiler menghasilkan down force penuh atau seretan brek (drag under braking) semasa mengambil selekoh dengan laju, sebelum peranti itu dibuka semula bagi mengurangkan down force atau seretan di laluan lurus panjang.
  • Pemandu ada kawalan penuh terhadap DRS menerusi pengendalian stereng dan hanya mengambil kurang 20 milisaat untuk menukar tetapan tersebut.

Related

903
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Nürburgring, Nürburgring Nordschleife, Roda4, Subaru, Subaru WRX, Subaru WRX STI Type RA NBR Special

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my