• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025 Nicolo Bulega ganti Marc Marquez untuk dua pusingan terakhir MotoGP 2025

#MotoGP2025 Nicolo Bulega ganti Marc Marquez untuk dua pusingan terakhir MotoGP 2025

November 3, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

SELEPAS sesi ujian di Litar Jerez pada Khamis lalu, akhirnya disahkan bahawa pelumba World Superbike Championship (WSBK) dari pasukan Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega akan menggantikan juara MotoGP 2025, Marc Marquez bagi dua pusingan terakhir MotoGP musim 2025 di Portugal dan Valencia.

Pengumuman rasmi ini mengesahkan debut MotoGP buat pelumba Itali itu bersama pasukan Ducati Lenovo Team.

Dari WorldSBK ke MotoGP

Bulega, pelumba pasukan Aruba.it Racing Ducati, merupakan Juara Dunia Supersport 2023 dan naib juara WorldSBK 2024/2025. Selain itu, beliau juga berperanan sebagai pelumba ujian bagi jentera Desmosedici GP milik Ducati. Ujian pertama beliau di Jerez menjadi langkah awal sebelum debut rasminya dalam kelas premier dunia itu.

Tambahan lagi, perlumbaan di Portugal nanti bakal menjadi perlumbaan ke-100 buat Bulega dalam Kejuaraan Dunia, selepas mengumpul 50 perlumbaan dalam Moto3 dan 49 dalam Moto2.

Bulega: “Ini impian setiap pelumba”

Nicolo Bulega (Ducati Lenovo Team #11) berkata:

“Saya sangat gembira menutup musim ini dengan kejutan besar seperti ini. Melangkah ke MotoGP adalah impian setiap pelumba. Tambahan pula, berpeluang menunggang jentera juara dunia untuk dua perlumbaan terakhir menjadikan pengalaman ini lebih istimewa. Saya tidak mahu terburu-buru, hanya ingin menikmati peluang ini dan berikan yang terbaik. Terima kasih kepada Ducati, Ducati Corse dan semua yang mempercayai saya.”

Sokongan Penuh Dari Ducati Corse

 

Pengurus Besar Ducati Corse, Luigi Dall’Igna, turut menyatakan rasa bangga melihat perkembangan pelumba muda itu:

“Saya sangat gembira melihat Nicolo beraksi dengan Desmosedici GP. Beliau telah bersama keluarga Ducati Corse sejak 2022, dan kami percaya dengan potensinya. Dalam dua musim terakhir di Superbike, dia membuktikan kemampuannya dan menjadi pelumba rujukan kami. Kini, peluang beraksi dalam dua GP terakhir ini adalah langkah terbaik untuk memulakan peranan barunya sebagai pelumba ujian MotoGP.”

Kemunculan Nicolo Bulega di litar MotoGP pastinya menjadi tumpuan, bukan sahaja kerana menggantikan Marc Marquez, tetapi juga sebagai simbol kesinambungan generasi baharu pelumba Ducati yang semakin menyerlah di pentas dunia.
MotoGP Portugal dan Valencia bakal menjadi pentas debut penuh sejarah buat Nicolo Bulega.

SUMBER: MotoGP.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati, Ducati Corse, Marc Marquez, MotoGP 2025, Nicolo Bulega, WSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my