• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #JMS2025: Mobiliti Rendah Karbon Toyota di Asia Melalui Projek Data, Logistik dan Komuniti

#JMS2025: Mobiliti Rendah Karbon Toyota di Asia Melalui Projek Data, Logistik dan Komuniti

November 2, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Wakil media negara Asia ke Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025

TOYOTA Motor Asia (TMA) bukan hanya menumpukan kepada jualan kereta elektrik, tetapi juga transformasi menyeluruh sistem mobiliti daripada logistik pintar hingga projek sosial berasaskan data.

Di bawah konsep 'Start by Doing', Toyota melaksanakan pelbagai inisiatif nyata untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memperluas akses mobiliti di seluruh Asia.

Kerjasama CJPT, Mobiliti Data

Logo Commercial Japan Partnership Toyota (CJPT)
Logo Toyota Mobility Foundation (TMF)

Melalui projek Teknologi Perkongsian Komersial Jepun (CJPT), Toyota bekerjasama dengan pelbagai rakan industri untuk menambah baik kecekapan logistik, menjimatkan bahan api, dan memperkenalkan sistem tenaga baharu.

Langkah itu menandakan era baharu logistik berasaskan data, dengan keutamaan terhadap pengurangan karbon dan operasi lebih lestari.

Yayasan Mobiliti Toyota (TMF)

Toyota Motor Asia
Commercial Japan Partnership Toyota (CJPT)

Selain itu, Yayasan Mobiliti Toyota (TMF) turut melaksanakan projek komuniti di seluruh Asia untuk mempertingkat keselamatan, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan aksesibiliti mobiliti di kawasan bandar serta luar bandar.

Melalui pendekatan berasaskan data dan kerjasama dengan universiti dan agensi tempatan, TMF berperanan sebagai platform inovasi sosial automotif bagi membuka ruang kepada teknologi baharu yang memberi kesan positif kepada masyarakat.

Mobiliti untuk Semua, daripada Rakyat untuk Rakyat

Ketua Wilayah Toyota Asia, Masahiko Maeda

Ketua Wilayah Toyota Asia, Masahiko Maeda menegaskan visi syarikat jelas, iaitu 'Mobiliti bukan sekadar pengangkutan, tetapi akses kepada peluang dan kehidupan yang lebih baik.'

Kami percaya masa depan mobiliti mesti dibentuk melalui kolaborasi dan tindakan kolektif. Hanya dengan cara ini, kita boleh membina ekosistem mobiliti yang membawa senyuman kepada semua," katanya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Japan Mobility Show (JMS) 2025, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Toyota, Toyota Motor Asia (TMA), UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev