• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport

Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport

October 31, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

SELEPAS 25 tahun, Honda Prelude kini kembali dan bukan sekadar coupe sport, tetapi sebagai simbol semangat abadi dan era baharu keseronokan pemanduan.

Honda telah mengesahkan bahawa Prelude akan kembali sebagai model sport istimewa, menghidupkan semula nama klasik dengan tafsiran moden. Di sebalik balutan penyamaran biru yang menarik, tersimpan kisah tentang warisan, inovasi dan emosi.

Prelude ke Arah Masa Depan

Tomoyuki Yamagami, Prelude Development Manager
Tomoyuki Yamagami, Prelude Development Manager

 

Menurut pengurus pembangunan Tomoyuki Yamagami, Prelude generasi baharu ini tidak dibangunkan dengan niat asal untuk menghidupkan semula model terdahulu. Sebaliknya, ia lahir daripada keinginan Honda untuk mencipta sebuah kereta sport yang mencerminkan semangat zaman kini. Hanya kemudian mereka sedar bahawa nama Prelude sangat sesuai kerana melambangkan “permulaan baharu” dan “permulaan kepada perjalanan yang tiada penghujung.”

“Perkataan Prelude bermaksud pembukaan atau pengenalan, ia melambangkan matlamat kami untuk mentakrif semula keseronokan pemanduan dengan cara yang menghubungkan manusia, masa dan emosi,” jelas Yamagami.

Dari Kereta Pasangan, Kini Untuk Semua Hubungan

Development manager Tomoyuki Yamagami(kiri)Wrapping designer Sakura Morioka(kanan
Development manager Tomoyuki Yamagami(kiri)Wrapping designer Sakura Morioka(kanan)

 

Jika generasi Prelude terdahulu terkenal sebagai kereta 'dating' popular era 80-an dan 90-an, versi baharu ini membawa maksud yang lebih luas seperti detik istimewa yang dikongsi bersama, bukan sekadar untuk pasangan kekasih tetapi juga keluarga, rakan, malah hubungan antara pemandu dan kereta itu sendiri.

“Ia tentang menikmati masa istimewa bukan hanya untuk pasangan, tetapi juga untuk keluarga, sahabat, malah antara anda dan kereta anda,” katanya lagi. “Prelude baharu ini seperti kapal layang, anggun, lancar dan bebas.”

Kisah di Sebalik Balutan Penyamaran

Honda Prelude Diuji di Eropah
Honda Prelude Diuji di Eropah

 

Berbeza dengan penyamaran biasa yang bertujuan menyembunyikan bentuk prototaip, balutan camouflage biru pada Prelude baharu ini direka untuk menyampaikan emosi, kebebasan, ketenangan dan keterujaan.

Pereka utama Sakura Morioka menjelaskan,

“Kami mahu balutan ini menceritakan kisahnya sendiri. Kami bermula dengan persoalan apa makna sebenar sebuah perjalanan, dan bagaimana ia menghubungkan kita dengan detik istimewa? Dari situ lahirnya inspirasi rekaan ini.”

Alam Semulajadi, Bersatu

Mood Board bagi rekaan balutan Honda Prelude
Mood Board bagi rekaan balutan Honda Prelude

 

Inspirasi itu datang daripada pemanduan hujung minggu di Nishiizu Skyline di Jepun, di mana langit, laut dan gunung seolah bersatu, melambangkan keindahan pergerakan. Pasukannya kemudian menzahirkan perasaan itu melalui rekaan yang menangkap semangat alam semula jadi, langit biru, air tenang, dan cahaya matahari.

Balutan tersebut menampilkan gradasi warna biru, putih serta sentuhan hijau dan ungu, melambangkan kebebasan, kesinambungan dan hubungan emosi. Coraknya yang dinamik memberi kesan seolah-olah sedang bergerak walaupun kereta itu berhenti, seperti gelombang air atau cahaya yang berkilau.

“Kami mahu orang berhenti, ambil gambar dan rasa sesuatu,” ujar Morioka. “Ini bukan sekadar penyamaran, ia adalah cara kami menzahirkan jiwa sebenar Prelude.”

Pandu Uji dan Reaksi Dunia

Sakura Morioka, Prelude Communication Designer

 

Apabila Prelude mula diuji di jalan awam Eropah, reaksi luar biasa segera tercetus. Gambar prototaip dengan balutan biru itu tular di media sosial, menjadikannya fenomena global dalam masa singkat.

Yamagami berkongsi,

“Ketika Prelude meluncur di jalan musim luruh Jerman, warna biru itu menonjol indah di tengah dedaunan merah dan kuning. Ia bukan dirancang, tapi seolah-olah sudah ditakdirkan. Pemilihan warna itu ternyata sempurna.”

Morioka menambah,

“Apabila melihat video dan artikel bertajuk ‘Prelude dengan balutan biru yang segar’, kami benar-benar terharu. Reka bentuk itu kini menjadi sebahagian daripada identiti Prelude sebelum pelancaran rasminya.”

Lebih Daripada Mobiliti – Perjalanan Tanpa Penghujung

Bagi Honda, Prelude bukan sekadar sebuah kereta. Ia mewakili hubungan antara masa lalu dan masa depan, antara nostalgia dan inovasi, jambatan yang menghubungkan emosi mekanikal dengan teknologi moden.

“Prelude baharu ialah kereta yang menghubungkan manusia dengan manusia, dan detik dengan kenangan,” kata Yamagami. “Ia bukan sekadar pengalaman memandu tetapi tentang hidup, berkongsi dan merasai.”

Ketika pembangunan terus dijalankan, Prelude berdiri sebagai simbol bahawa semangat pemanduan sejati tidak akan pernah lenyap walaupun dunia beralih kepada elektrifikasi. Dilapisi warna biru, simbol kebebasan dan harapan, Prelude bukan hanya menandakan kebangkitan legenda, tetapi juga permulaan kepada perjalanan yang tidak akan berakhir.

SUMBER: Honda Global

Development manager Tomoyuki Yamagami(kiri)Wrapping designer Sakura Morioka(kanan
Honda Prelude 1
Honda Prelude 2
Honda Prelude 3
Honda Prelude 4
Inspirasi Wrapping Prelude
Sakura Morioka, Prelude Communication Designer
Tomoyuki Yamagami, Prelude Development Manager

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Coupe, Coupe Sport, Honda, Honda Design, Honda Global, Honda Prelude, Sport car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev