• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

October 31, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JENAMA motosikal Aveta Malaysia terus menggegarkan industri dua roda tempatan dengan pelancaran dua model baharu, Aveta Nova 250 dan Marvel 150. Majlis perasmian yang diadakan dekat Damansara turut mendedahkan harga bagi harga Nova 250, RM14,388 dan Marvel 150, RM7,988.

Kedua-duanya mencerminkan arah baharu jenama ini dalam mendefinisikan semula pengalaman tunggangan moden, menggabungkan kuasa, gaya dan nilai praktikal yang tinggi.

Aveta Nova 250, Kuasa Bertemu Praktikaliti

Model Nova 250 menjadi tumpuan utama dengan penampilan moden, enjin berkuasa dan ciri premium. Ia dikuasakan oleh sistem BOSCH EFI yang menghasilkan 25.5hp @ 8,250rpm. Menawarkan pecutan lancar dan responsif untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh. Model ini turut dilengkapi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan ABS Dua Saluran, meningkatkan kestabilan serta keselamatan di jalan raya.

Ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 20 liter, cukup besar untuk menyimpan topi keledar full-face atau barangan peribadi. Tambahan Sistem Kunci Pintar, dan ciri anti-kecurian boleh laras menambah tahap keselamatan serta kemudahan.

Teknologi Terkini, Yang Terbaik

Paparan TFT 7 inci penuh warna memaparkan maklumat dengan jelas, sementara lampu utama LED berperingkat memastikan pencahayaan optimum. Tangki bahan api 12 liter pula membolehkan perjalanan jarak jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak. Port pengecas USB Type-A dan Type-C memastikan penunggang kekal berhubung sepanjang perjalanan. Selain itu, ia turut lengkap dengan fungsi dashcam pada bahagian depan bagi merakam perjalanan yang cukup bermakna.

Nova 250 ditawarkan dalam dua warna elegan Emerald Green dan Metro Grey. Harga jualan RM14,388 tersebut adalah tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Sebagai tawaran pelancaran, 200 pembeli terawal akan menerima kotak simpanan GIVI 39L bernilai RM750 secara percuma.

Aveta Marvel 150 Gaya, Kebebasan dan Keseronokan

Dilancarkan bersama Nova 250, Aveta Marvel 150 ialah motosikal kompak berjiwa aktif dan bergaya. Ia dilengkapi brek cakera depan dan belakang, fork terbalik (upside-down) serta klac tangan manual untuk pengalaman tunggangan lebih tulen. Dengan jarak kelegaan tanah 140mm, Marvel 150 sesuai untuk tunggangan bandar mahupun aktiviti luar seperti kembara hujung minggu.

Model ini turut dilengkapi lampu LED sepenuhnya, port pengecas USB Type-A, dan paparan meter digital penuh, menggabungkan gaya moden dengan fungsi praktikal. Ditawarkan dalam warna Sonic Blue dan Mocha Blaze, Marvel 150 dijual pada harga RM7,988 juga tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Membina Kepercayaan, Menyemai Kebanggaan, Mengukuh Komuniti

Sejak 2023, Aveta terus memperkukuh kehadiran dalam pasaran motosikal tempatan dengan pendekatan berteraskan komuniti dan keyakinan pengguna.

“Kami bukan sebahagian daripada perang skuter, dan kami juga tidak mengejar angka jualan,” jelas Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia. “Matlamat kami ialah membina motosikal yang mampu mencetuskan rasa percaya, bangga dan yakin dalam diri setiap penunggang.”

Kedua-dua model ini mencerminkan visi Aveta untuk tahun 2025 dan seterusnya Nova 250 mendefinisikan semula keseimbangan antara kuasa dan praktikaliti, manakala Marvel 150 meraikan kebebasan dan gaya hidup aktif.

Kini, kedua-dua model boleh didapati di pengedar sah Aveta di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.aveta.com.my.

Aveta Nova 250

Aveta Marvel 150

Hari Pelancaran Aveta Nova 250 dan Marvel 150

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aveta Malaysia, Aveta Marvel 150, Aveta Nova 250, Motor kompak, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my