• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #JMS2025: Toyota Bakal Lancar Land Cruiser FJ Baharu, 10 Model Elektrifikasi di Asia Menjelang 2028

#JMS2025: Toyota Bakal Lancar Land Cruiser FJ Baharu, 10 Model Elektrifikasi di Asia Menjelang 2028

October 31, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pendekatan Toyota Multi-Pathway

TOYOTA Motor Asia memperkenalkan hala tuju produk baharu sempena Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, termasuk pelancaran semula ikon legenda Toyota Land Cruiser FJ dan pelbagai model kenderaan elektrik (xEV) untuk pasaran Asia.

Model Land Cruiser FJ baharu akan dihasilkan di Thailand dengan mengekalkan DNA asal yang tahan lasak, reliabel, dan kemampuan menakluk pelbagai rupa bumi, tetapi kini dengan teknologi dan nilai moden yang menekankan 'Freedom & Joy' dalam setiap pemanduan.

Toyota Land Cruiser FJ
Toyota Land Cruiser FJ

10 Model Elektrifikasi Baharu dalam Tiga Tahun

Toyota bakal melancarkan 10 model elektrifikasi di Asia Tenggara menjelang 2028.

Toyota mengesahkan rancangan memperkenalkan lebih 10 model elektrifikasi (xEV) baharu menjelang 2028, termasuk model Yaris Ativ Hybrid dan barisan EV penuh (BEV) untuk pasaran Asia Tenggara.

Pada masa sama, Toyota juga akan memulakan projek ujian biofuel di negara Global South, dan meluaskan inisiatif hidrogen menerusi pembinaan stesen isian bahan api hidrogen di rantau ini.

Fokus Kualiti, Kepraktisan

Pendekatan Toyota Multi-Pathway

Berbeza jenama lain yang hanya mengejar elektrifikasi penuh, Toyota menekankan pendekatan pelbagai teknologi (Multi-Pathway) dengan kepelbagaian pilihan kuasa seperti hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV), elektrik bateri (BEV) dan hidrogen. Pendekatan itu memastikan setiap pasaran menerima penyelesaian yang sesuai dengan keperluan tenaga dan kemampuan ekonomi tempatan.

Toyota menegaskan matlamat pengeluar bukan sekadar menghasilkan kereta tanpa emisi, tetapi juga mobiliti mampan yang benar-benar berguna untuk masyarakat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Japan Mobility Show (JMS) 2025, Multi-Pathway, Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025, Roda4, Toyota Motor Asia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my