Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Infiniti QX80 R-Spec, SUV Mewah Ekstrem dengan Enjin GT-R!
Bikin Auto

#BikinAuto: Infiniti QX80 R-Spec, SUV Mewah Ekstrem dengan Enjin GT-R!

Abang HirataBy Abang Hirata20/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Infiniti QX80 R-Spec

GABUNGAN mewah dan adrenalin kini berada pada tahap baharu menerusi kenderaan utiliti sukan (SUV), Infiniti QX80 R-Spec dibawa khas ke Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2025 .

Model ini yang asalnya SUV mewah QX80 Autograph yang dibikin menjadi jentera prestasi ekstrem hasil penalaan enjin twin-turbo legenda Nissan GT-R yang mampu menjana hingga 1,000hp.

Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec

Inifiniti QX80 R-Spec hadir selepas model konsep QX80 Track Spec dengan lebih 650hp di pameran Monterey Car Week sebelum ini, manakala R-Spec pula unit kajian yang jauh lebih ekstrem.

Perincian Teknikal Enjin GT-R

Infiniti QX80 R-Spec

Inifiniti QX80 R-Spec menggunakan enjin 3.8L V6 Twin-Turbo daripada Nissan GT-R yang menjalani pengubahsuaian menyeluruh untuk mendapatkan output kuasa 1,000hp.

Antara ubah suai dilakukan adalah penggunaan pengecas turbo khas, intercooler, manifold ekzos, dan sistem bahan api dinaik taraf.

Pemilihan enjin GT-R adalah penghormatan kepada hubungan kejuruteraan dengan enjin V6 twin-turbo standard dalam QX80, yang berkongsi banyak inovasi teknikal dengan GT-R.

Ciri Teknikal Utama

Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec

Berikut ialah ciri teknikal utama enjin Infiniti QX80 R-Spec dengan enjin GTR:

  • Enjin Nissan GT-R R35 VR38
  • Piston JE, Rod Boostline, bolt rod ARP
  • Pengurusan enjin MOTEC
  • Manifold ekzos ETS dengan pengecas turbo Garrett G-series
  • Sistem flex-fuel buatan kas dengan injektor 2600-cc dan pam bahan api Fuel Lab
  • Injap ambilan buatan khas dengan intercooler kembar depan
  • Ekzos buatan khas  ilham R35
  • Penyesuai transmisi CNC buatan khas
  • Diferensial belakang E-Locker
  • Penyejuk enjin dan transmisi CSF

Pengendalian, Gaya Agresif

Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec

Output kuasa tambahan disalurkan melalui brek seramik karbon Nissan GT-R, yang diubah suai khas untuk QX80.

Sistem suspensi buatan khas pula mengoptimum pengendalian, menampilkan penyerap takungan luaran tiga hala MCS dan spring Eibach ERS.

R-Spec juga dilengkapi stereng diubah suai, iaitu rak stereng dipindah dengan syaf stereng buatan khas, dan knuckle bump-steer diubah suai.

Brek GT-R R35 seramik karbon dipadankan penyesuai kaliper brek dan tudung rotor (hat rotor) buatan khas.

SUV itu dipasangkan  rim 24 inci gangsa ala GT-R. Rim selebar 12 inci itu kemudian dibalut tayar Yokohama PARADA Spec-X saiz 315/35/24 yang menjanjikan tahap cengkaman luar biasa.

Dari segi penampilan, Inifiniti QX80 R-Spec menggunakan kit badan lebar khas yang lebih rendah dan dipertingkat secara aerodinamik, menampilkan spliter depan ARP buatan khas.

Nissan GT-R T-Spec Takumi Edition

Nissan GT-R T-spec Takumi Edition
Nissan GT-R T-spec Takumi Edition

Estetika visual Inifiniti QX80 R-Spec diilhamkan secara langsung daripada Nissan GT-R T-Spec Takumi Edition (foto atas). Ini termasuk pembalut badan bertukar warna sebagai tribut kepada Midnight Purple yang popular pada generasi GT-R R34 dan R35.

R-Spec juga mempunyai kemasan ekzos, difuser, lampu kabus, lencana dan beberapa lagi yang digayakan semula dan diambil daripada T-Spec Takumi Edition bagi mengukuhkan lagi kaitan dengan GT-R.

Penampilan baharu agresif itu menyerlahkan rekabentuk QX80 sedia ada dan membayangkan tahap prestasi mengujakan.

Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti QX80 R-Spec
Infiniti Infiniti QX80 Infiniti QX80 R-Spec Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) Roda4 Rpda4 SEMA 2025 SUV mewah
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.