
JENAMA komponen motosikal aftermarket prestasi tinggi dari Malaysia, UMA Racing hari ini memperkenalkan inovasi terbahar tayar motosikal UMA Racing Pacers hasil gabungan teknologi perlumbaan dan keyakinan tunggangan harian.
Pelancaran rasmi diadakan sempena hujung minggu MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menandakan kemasukan rasmi UMA Racing ke dalam segmen tayar motosikal prestasi tinggi.
Model tayar itu dibangunkan hasil penyelidikan mendalam, ujian dunia sebenar dan maklum balas penunggang profesional, termasuk pengguna harian bagi menghasilkan produk yang benar-benar memenuhi keperluan jalan raya tropika Malaysia.
Dibangunkan untuk Tunggangan Harian, Diilhamkan Teknologi Lumba
Selama beberapa dekad, UMA Racing dikenali sebagai peneraju komponen motosikal berprestasi tinggi — daripada sistem enjin hingga aksesori perlumbaan. Dengan pelancaran Tayar Pacers, jenama ini membawa warisan teknikal dari litar terus ke jalan raya.
Penolong Pengurus Besar Jenama UMA Racing, Alfred Lim, berkata;
Visi kami adalah menghasilkan tayar yang menawarkan prestasi setaraf perlumbaan, tetapi kekal selamat, tahan lama dan selesa untuk kegunaan harian.
Tayar Pacers adalah gabungan sempurna antara ketepatan kejuruteraan dan pengalaman sebenar penunggang."

Reka bentuk Pacers diilhamkan daripada pandangan depan kepala kuda, simbol kekuatan dan keseimbangan yang sinonim dengan logo UMA Racing. Nama Pacers sendiri melambangkan rentak dan kawalan, iaitu dua elemen penting yang mencerminkan gaya tunggangan setiap penunggang.
Teknologi Baharu - 25% Lebih Cengkaman

Asas utama Tayar Pacers ialah teknologi sebatian getah baharu yang meningkatkan cengkaman permukaan hingga 25 peratus lebih baik berbanding model terdahulu.
Campuran itu direka untuk mencapai keseimbangan optimum antara daya cengkaman dan ketahanan haus yang membolehkan penunggang mengambil selekoh dengan lebih yakin, membrek lebih efisien dan menikmati jangka hayat tayar lebih lama tanpa kompromi prestasi.
Selain itu, UMA Racing turut memperkenalkan Teknologi EdgeGrip™, iaitu inovasi khas untuk menghadapi kondisi jalan berdebu dan tidak rata. Rekabentuk alur tepi unik membolehkan habuk 'ditangkap' ke dalam ruang mikro, sekali gus memastikan permukaan bunga tayar kekal bersih dan cengkaman kekal konsisten ketika mengambil selekoh.
HydroFlow™ - Lebih Selamat di Jalan Basah
Bagi menghadapi cabaran cuaca tropika Malaysia, tayar UMA Racing Pacers dilengkapi corak alur HydroFlow™ yang direka khas untuk menyalirkan air dengan pantas. Ini membantu mengurangkan risiko akuasatah (aquaplaning) dan memastikan tayar kekal mencengkam kuat atas permukaan jalan walaupun ketika hujan lebat secara tiba-tiba.
Hasilnya, penunggang dapat mengekalkan keyakinan dan kawalan dalam apa jua kondisi cuaca yang menjadi ciri penting mereka yang menunggang setiap hari sama ada di bandar atau lebuh raya.
Saiz Pelbagai, Sesuai untuk Skuter dan Motosikal Sport
Tayar UMA Racing Pacers ditawarkan dalam beberapa saiz meliputi pelbagai jenis motosikal seperti:
- 70/90-17
- 80/90-17
- 70/90-14
- 80/90-14
- 110/70-13
- 130/70-13
Versatiliti itu memastikan tayar tersebut sesuai digunakan pelbagai gaya tunggangan, daripada skuter harian hingga sportbike.
Setiap model menjalani ujian ketat dalam pelbagai persekitaran tropika, dengan penglibatan jurutera UMA Racing, pelumba profesional dan penunggang harian bagi memastikan prestasi tayar terbukti bukan saja dalam makmal, tetapi juga atas jalan raya sebenar.
Harga Mampu Milik, Prestasi Profesional
Tayar UMA Racing Pacers akan mula diedarkan antara Januari hingga Mac 2026 (Fasa 1) melalui pengedar sah UMA Racing dan platform dalam talian dengan harga runcit bawah RM180 bergantung jenis dan saiz tayar.
Dengan slogan 'REVEAL TRUE PERFORMANCE - From Engine to Ground', Pacers menjadi pelengkap kepada rangkaian komponen UMA Racing yang menghubungkan kuasa enjin kepada cengkaman jalan sebenar, sambil mengekalkan reputasi jenama berkenaan sebagai pakar komponen motosikal prestasi tinggi di Asia Tenggara.
Maklumat lanjut mengenai saiz tayar, harga dan lokasi pengedar boleh layari www.umaracing.com.










Leave a Reply