• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari SC40 - Model One-Off Sempena Tribut Legenda Klasik F40

Ferrari SC40 - Model One-Off Sempena Tribut Legenda Klasik F40

October 22, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

FERRARI sekali lagi mengimbas nostalgia era gemilang dengan memperkenalkan Ferrari SC40, iaitu model one-off yang dicipta khas sebagai tribut kepada supercar legenda F40.

Dihasilkan bawah program khas Ferrari Special Projects, model itu bermula sebagai 296 GTB dengan melalui transformasi besar-besaran dari segi rekabentuk dan bahan binaan.

Rekabentuk Baharu, Ilham Klasik F40

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40
Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

Berbeza F40 asal yang direka Pininfarina, Ferrari SC40 adalah hasil kerja dalaman pusat gaya Ferrari Styling Centre yang diketuai Flavio Manzoni. Walaupun tidak bertujuan menjadi pengganti langsung F40, tetapi model berkenaan menampilkan beberapa elemen rekabentuk sebagai penghormatan kepada ikon 1980-an tersebut.

Antaranya ialah tulisan 'SC40' pada sisi sayap belakang yang mengingatkan kepada logo F40, dan rekabentuk saluran udara sisi yang diilhamkan daripada salur (ducts) NACA ducts. Bentuk badan SC40 lebih tajam dan bersegi yang meninggalkan lengkungan lembut 296 GTB bagi meniru bahasa rekabentuk agresif era Enzo Ferrari.

Masih 296 GTB di Bawah Kulit

Ferrari SC40

Walaupun tampil berbeza, Ferrari SC40 kekal berasaskan Ferrari 296 GTB dengan trenkuasa V6 3.0L turbo hibrid plug-in (PHEV) berkuasa kuasa 819hp (830ps) dan tork 740Nm, yang dihantar ke roda belakang melalui transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat, dengan kelajuan maksimum lebih 330kmj.

Bahagian belakang menampilkan penutup enjin Lexan berjalur yang menyerlahkan elemen visual klasik F40, manakala tulisan 'Charge' pada penutup bahan api aluminium menjadi perincian unik yang menandakan sistem hibrid.

Dalaman Dibalut Kevlar

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40
Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

Ruang kabin Ferrari SC40 mengekalkan konfigurasi asas 296 GTB, tetapi dihiasi bahan Kevlar di hampir setiap permukaan seperti stereng, papan pemuka, lantai dan kerusi. Pendekatan itu mencerminkan semangat ringan dan fungsi tulen yang pernah menjadi DNA F40.

Eksklusif, Hanya Satu di Dunia

Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40
Model one-off tribut Ferrari F40 - Ferrari SC40

Ferrari tidak mendedahkan harga rasmi Ferrari SC40, tetapi dikatakan menelan kos jauh lebih tinggi daripada harga asas 296 GTB yang bernilai sekitar AS$346,950 (RM1,467,080). Projek seperti itu lazimnya mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dengan pemilik terlibat secara langsung dalam proses rekabentuk dan validasi.

Pameran Muzium Ferrari, Maranello

Hanya satu unit SC40 dihasilkan, yang menjadikan model itu koleksi paling eksklusif dalam sejarah moden Ferrari. Model tersebut kini boleh dilihat pengunjung di Muzium Ferrari di Maranello dalam bentuk styling buck berskala penuh.

Ferrari juga dikatakan akan menghasilkan lebih banyak model tribut seperti idea pernah dicetuskan Lewis Hamilton, yang mahu mencipta model 'F44' dengan transmisi manual dan rekabentuk diilhamkan F40.

SUMBER: Motor1.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 296 GTB, Ferrari SC40, Ferrari Special Projects, Ferrari Styling Centre, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my