• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Videotomotif: Mari Kita Dengar Bunyi Ekzos Yamaha RX-Z TwinBoss

#Videotomotif: Mari Kita Dengar Bunyi Ekzos Yamaha RX-Z TwinBoss

July 24, 2017 By Abang GYL 2 Comments

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Yamaha RXZ TwinBoss MalaysiaRAMAI mengecam Yamaha RX-Z TwinBoss ini cuma hiasan, replika dan langsung tidak boleh bergerak. Anda silap!

Enjin modifikasi ekstrem ini memang boleh dihidupkan dan bergerak seperti motosikal biasa lain. Ini terbukti apabila kami dan beberapa rakan media lain diberikan peluang menjadi antara penonton terawal melihat enjin Yamaha RX-Z TwinBoss ini dihidupkan.

Tahukah anda, Yamaha RX-Z TwinBoss ini ada dua enjin dan proses modifikasi dilakukan itu adalah hasil kerja tangan anak tempatan. Maksudnya, inilah Yamaha RX-Z TwinBoss Made In Malaysia.

BACA >>> Yamaha RX-Z TwinBoss - 2 Enjin, Made In Malaysia = 'Kerja Gila!'

Yamaha RXZ TwinBoss MalaysiaKOS PEMBINAAN RM40,000

Dengan kos pelaburan lebih daripada RM40,000, Yamaha RX-Z TwinBoss ini dipadankan dua unit enjin bersama kotak gear 6-kelajuan. Kedua-dua enjin bergabung tenaga menggunakan pacuan primari dan pacuan final bersama gear enjin belakang.

Bahagian casis diperbuat daripada dua keping besi dengan ketebalan 12.75mm yang bertindak sebagai penyangga enjin dan lengan ayun rigid.

Bahagian badan hanya menggunakan sekeping aluminium yang menggabungkan tangki minyak, tempat duduk dan fender belakang. Kemudian besi dipotong menggunakan jet air  CNC berdasarkan pelan yang dirangka menggunakan perisian komputer Catia.

Suspensi belakang jenis rigid, manakala depan menggunakan fork. Bagi mendapatkan lebih prestasi mengagumkan, Yamaha RX-Z TwinBoss ini menggunakan ekzos kustom jenama BOSS.

Mahu tahu bagaimana bunyi ekzos hasil daripada gabungan dua enjin? Mari kita saksikan video ini. Pastikan anda sedia tisu sebelum menonton. Takut air liur mengalir nanti 🙂

Related

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bunyi yamaha rxz twinboss, ekzos yamaha rxz twinboss, harga Yamaha RX-Z twinboss, harga yamaha rxz twinboss, RX-Z, Yamaha RX-Z, Yamaha RXZ, Yamaha RXZ 2 enjin, Yamaha RXZ TwinBoss

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev