• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CB1000F Muncul di Eropah, Naked Gaya Retro-Modern

Honda CB1000F Muncul di Eropah, Naked Gaya Retro-Modern

October 15, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JENAMA motosikal terkemuka, Honda, secara rasmi memperkenalkan CB1000F versi produksi untuk pasaran Eropah dan UK, model yang menggantikan CB1000R dalam barisan naked bike.

Direka dengan pendekatan Neo Sports Café, versi baharu ini menampilkan gaya retro-moden dengan sentuhan agresif dan kemas kini teknikal yang ketara.

Rekaan Klasik dan Moden

CB1000F menampilkan lampu bulat LED baharu, tangki bahan api 'berotot', dan ekor pendek yang menyerlahkan karakter streetfighter. Bahagian belakang kini lebih kemas dengan subframe baharu serta posisi tunggangan yang sedikit agresif ke hadapan untuk kawalan lebih dinamik.

Reka bentuk keseluruhan memberikan aura ‘muscular’ yang mirip CB750 Hornet, tetapi dengan keunikan tersendiri menerusi kemasan premium dan perincian logam pada komponen utama.

Enjin dan Prestasi

Model ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 998cc yang dipertingkat, mampu menghasilkan kira-kira 145hp pada 10,500rpm dan 104Nm tork. Kotak gear enam kelajuan turut disertakan dengan assist/slipper clutch serta sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan cengkaman lebih baik.

Suspensi depan menggunakan fork terbalik Showa SFF-BP, manakala bahagian belakang dipasang monoshock Showa yang boleh dilaras sepenuhnya. Sistem brek pula dilengkapi cakera berkembar 310mm dengan angkup Brembo radialdi depan.

Teknologi dan Ciri Moden

CB1000F hadir dengan paparan TFT 5 inci yang menyokong sambungan Honda RoadSync bagi integrasi telefon pintar, kawalan muzik dan navigasi. Ciri tambahan lain termasuk ride modes, kawalan cengkaman boleh laras, dan quickshifter sebagai pilihan tambahan.

Pasaran dan Harga

Buat masa ini, model ini dilancarkan untuk pasaran Eropah dan UK, dengan harga dijangka sekitar £12,999 (anggaran RM78,000). Honda masih belum mengesahkan bila CB1000F akan tiba ke pasaran Asia Tenggara, namun dengan populariti CB1000R sebelum ini, kehadiran versi baharu ini di Malaysia dilihat amat berpotensi melalui Boon Siew Honda menjelang 2026.

SUMBER: RideAPart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda CB1000F, Honda Retro Naked, Neo Sports Cafe Bike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my