• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

October 15, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3

AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) meneruskan komitmen terhadap pembangunan sukan permotoran negara dengan mengumumkan penajaan slot Wildcard Moto3 di bawah pasukan AEON Credit SIC Racing MSI bagi pelumba muda negara, Hakim Danish.

Debut pelumba itu bakal berlangsung di MotoG Malaysia berula 24 hingga 26 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang Petronas  (SIC).

AEON Credit Tandatangani MoU dengan ZK Racing

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3

Majlis pengumuman dan pelancaran pasukan diadakan hari ini di SIC, disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang turut dihadiri wakil AEON Credit, SIC dan ZK Racing Sdn Bhd.

Majlis itu turut menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara AEON Credit dan ZK Racing bagi memeterai perkongsian strategik melalui Pelan Induk Pembangunan Sukan Permotoran Malaysia (MDEV) yang menumpukan kepada pembangunan bakat dua roda anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan SIC.

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard

Kerjasama tersebut memperkukuh hubungan erat antara AEON Credit dan SIC yang sudah lama terjalin sebagai Rakan Rasmi Litar, yang menandakan langkah besar ke arah memperkasa bakat muda tempatan.

Hannah: Bukti Kejayaan Kerjasama Kerajaan, Swasta

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard

Dalam ucapan, Hannah berkata, penyertaan Hakim Danish melambangkan keyakinan Malaysia terhadap potensi besar apabila Kerajaan dan sektor swasta berganding bahu.

Sokongan AEON Credit contoh terbaik bagaimana sektor korporat mampu memberi impak besar. Sumbangan mereka bukan saja membantu pelumba seperti Hakim Danish, tetapi memberi inspirasi kepada belia betapa impian besar boleh direalisasikan,” katanya.

KBS turut memperuntuk RM3 juta bagi Program MDEV Berprestasi Tinggi 2025, selain tambahan RM1 juta menerusi Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi menyokong penyertaan Hakim Danish dalam Kejuaraan Dunia JuniorGP (JrGP) 2025.

AEON Credit Sumbang RM1 Juta Sokong Wildcard Moto3

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard

Selaras aspirasi tersebut, AEON Credit menyalurkan sumbangan RM1 juta bagi menyokong penampilan Hakim Danish dalam saingan Wildcard Moto3, yang mana beliau sebagai langkah pertama syarikat itu menceburi arena sukan permotoran secara aktif.

Pengerusi AEON Credit, Ng Eng Kiat berkata;

Kerjasama ini bukan sekadar penajaan, ia mencerminkan kepercayaan kami terhadap disiplin, semangat dan peluang yang diwujudkan melalui sukan. Kami mahu memberi inspirasi kepada belia Malaysia yang bersemangat untuk berjaya walaupun berdepan kekangan kewangan.”

SIC, Hakim Danish Bukti Kejayaan Pelan Pembangunan

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif, menyifatkan Hakim Danish sebagai ‘anak pertama’ hasil program pembangunan dijalankan.

Kami mengikuti perjalanan beliau sejak umur 12 tahun dalam kejohanan SIC MiniGP, dan kini beliau bakal beraksi di grid MotoGP. Ini bukti pelan pembangunan kita berkesan, membawa bakat tempatan dari akar umbi ke pentas dunia," katanya.

Beliau turut mengajak semua peminat hadir ke SIC bagi memberikan sokongan padu kepada pelumba muda itu.

Tiket Rahmah Kembali untuk Peminat

Sebagai sebahagian inisiatif Malaysia MADANI, SIC meneruskan inisiatif Tiket Rahmah dengan menawarkan tiket K2 Hillstand pada harga RM49.90, yang kini boleh didapati di www.sepangcircuit.com.

Peminat boleh menyaksikan aksi Hakim Danish bersama pasukan AEON Credit SIC Racing MSI di MotoGP Malaysia 2025, dan memberi sokongan kepada wira muda negara yang bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
Hakim Danish Moto3 Wildcard 7
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3 Wildcard
Hakim Danish Moto3 Wildcard 6
Hakim Danish Moto3 Wildcard 11
Hakim Danish Moto3 Wildcard 14
Hakim Danish Moto3 Wildcard 16
Hakim Danish Moto3 Wildcard 18
Hakim Danish Moto3 Wildcard 11
AEON Credit taja Hakim Danish, Moto3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hakim Danish, Kejuaraan Dunia Moto3, Moto3, MotoGP Malaysia 2025, Petronas Sepang International Circuit (SIC), sukan permotoran, Wildcard Moto3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev