• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Industri Rayu Sambung Program MARiiCas untuk 2026

Industri Rayu Sambung Program MARiiCas untuk 2026

October 14, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

PERSATUAN Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM) merayu Kerajaan menyambung semula Program Rebat MARiiCas bagi 2026 berikutan ketiadaan sebarang pengumuman mengenainya dalam pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Program MARiiCas sebelum ini dilaksanakan Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan Kementerian Kewangan (MOF), dilihat memainkan peranan penting dalam merancakkan pasaran motosikal elektrik (EV) tempatan sejak diperkenalkan.

Pengerusi PPMEM, Hong Eng Wah berkata, program rebat tersebut bukan sekadar meningkatkan kesedaran pengguna terhadap teknologi EV, tetapi membantu memperkukuh ekosistem industri dua roda tempatan.

Program MARiiCas ini memberi kesan langsung kepada jualan, pelaburan dan peluang pekerjaan. Tanpa kesinambungan, pertumbuhan industri motosikal EV boleh terjejas," katanya.

MForce Kuasai 85 Peratus Pasaran EV Dua Roda

Antara pemain utama yang banyak menerima manfaat inisiatif MARiiCas ialah MForce Bike Holdings Sdn Bhd yang menjadi pengedar jenama Yadea dan Zeeho di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) MForce, Asri Ahmad berkata, syarikat itu kini menguasai hampir 85 peratus daripada jumlah motosikal EV yang dijual di Malaysia, sekali gus menjadi peneraju utama dalam pasaran tempatan.

Kami sudah membuat pelaburan besar, termasuk membuka barisan pengeluaran baharu, terutama untuk motosikal elektrik di kilang kami. Ini bukti komitmen MForce terhadap masa depan mobiliti hijau," kata Asri.

Beliau menegaskan sambungan program rebat MARiiCas akan menjadi pemangkin penting untuk memastikan lebih ramai pengguna beralih kepada motosikal elektrik, sekali gus menyokong sasaran neutraliti karbon negara menjelang 2050.

Industri Perlukan Kepastian Dasar

PPMEM juga menggesa kelayakan rebat MARiiCas diperluas kepada lebih banyak model tempatan dan import, selain menambah baik mekanisme tuntutan supaya lebih cepat dan mesra pengguna.

Tanpa dasar jelas dan konsisten, banyak pengedar dan pengilang tempatan sukar merancang strategi jangka panjang, termasuk pelaburan teknologi, rangkaian pengecasan dan penyediaan servis selepas jualan.

Kerajaan MADANI sebelum ini menekankan komitmen terhadap agenda hijau, tetapi industri berharap kesinambungan MARiiCas dapat dikekalkan bagi memastikan transformasi ke arah mobiliti elektrik tidak terbantut.

Jika diteruskan, program tersebut bukan saja mengurangkan pelepasan karbon, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran motosikal elektrik di rantau Asean.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia (MARii), mariicas, Persatuan Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM), Program Rebat MARiiCas, Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my