GWM Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan model elektrik baharu Ora Good Cat versi dipertingkat (facelift) dan versi sporty Ora Good Cat GT pada harga anggaran bermula RM115,000.
Model terbaharu itu hadir dengan slogan baharu 'Everything, Extra' yang menampilkan rekabentuk lebih segar, pemanduan lebih responsif dan tahap keselamatan lebih tinggi.
Rekabentuk Retro Moden, Daya Tarikan Semakin Ekstra
Sejak diperkenalkan pada 2023, Ora Good Cat menjadi antara hatchback elektrik penuh dari China yang mendapat sambutan hebat di Malaysia. Model itu menampilkan rekabentuk retro moden dengan ciri premium dan jarak pemanduan jauh yang praktikal.
Bagi 2025, GWM memperkenalkan Ora Good Cat facelift baharu dan Ora Good Cat GT yang menampilkan gaya lebih elegan serta peningkatan dari segi keselesaan dan prestasi.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;
Ora Good Cat menjadi simbol mobiliti EV yang bergaya dan mudah didekati di Malaysia. Kini kami membawa versi baharu dan GT untuk pengalaman elektrik lebih menyeronokkan pada harga bermula RM115,000."
Ora Good Cat Baharu - EV Serba Lengkap untuk Semua
- Bateri SVOLT litium-besi-fosfat (LFP) 57.7kWh, dan jarak pemanduan hingga 480km (NEDC)
- Output motor 143ps, dan tork 210Nm
- Pengecasan cas pantas (DC) 60kW sepantas 38 minit (30-80 peratus), manakala pengecasan AC 6.6kW
- Unit infotainmen 10.25 inci, dan upholsteri kulit sintetik
- Sokongan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, dan kamera 360°
- Harga anggaran bawah RM115,000
Ora Good Cat GT - Sporty, Laju dan Bergaya
- Bateri SVOLT litium-besi-fosfat (LFP)57.7kWh, dan jarak pemanduan hingga 460km (NEDC)
- Output motor 171ps, dan tork 250Nm
- Rekabentuk GT eksklusif dengan bampar depan sporty, spoiler belakang, rim aloi khas dan kaliper brek kuning
- Kabin GT menampilkan kerusi sport dengan sulaman benang kuning dan kemasan sued
- Ada ciri Kawalan Luncur , dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) lengkap
- Harga dianggarkan bermula bawah RM125,000
Tempahan Kini Buka Seluruh Negara
Orang ramai boleh membuat tempahan di semua bilik pameran rasmi GWM Malaysia atau melalui laman web rasmi di www.gwm.com.my.
Ora Good Cat baharu mengekalkan reputasi sebagai EV paling 'ekstra' dari segi rekabentuk menarik, pemanduan selesa dan keselamatan pintar dalam satu pakej moden.
Leave a Reply