• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Operasi Aerotrain KLIA Kini Capai 100 Peratus, Rekod 19 Gangguan

Operasi Aerotrain KLIA Kini Capai 100 Peratus, Rekod 19 Gangguan

October 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Operasi Aerotrain kini kembali stabil - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah

SISTEM Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan dalam keadaan stabil sepenuhnya selepas merekodkan 19 gangguan operasi antara 2 Julai dan 30 September tahun ini.

Aerotain KLIA kini dalam kadar ketersediaan operasi mencapai 100 peratus.

Operasi Kini 100 Peratus Stabil Selepas Naik Taraf


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata di Dewan Rakyat, Aerotrain kini beroperasi secara stabil selepas projek naik taraf utama disiapkan 30 Jun lalu dan kembali beroperasi pada 1 Julai 2025.

Kadar ketersediaan operasi sejak Julai hingga 8 Oktober mencatatkan 99.19 peratus. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sistem sudah mencapai kestabilan penuh."

Beliau turut menjelaskan projek naik taraf itu kini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan selama dua tahun.

5.33 Juta Penumpang, Hampir 40,000km Ditempuh

Aerotrain KLIA beroperasi sepenuhnya.

Sejak kembali beroperasi, sistem Aerotrain sudah membawa lebih 5.33 juta penumpang dan menempuh 39,900km perjalanan dalam tempoh tiga bulan pertama.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga bekerjasama rapat dengan pengeluar tren, Alstom bagi memastikan setiap isu teknikal dapat ditangani segera.

Punca Gangguan: Faktor Teknikal, Kecuaian Penumpang

Menurut Hasbi, 19 gangguan yang direkodkan berpunca daripada gabungan faktor teknikal dan manusia, termasuk isu sistem isyarat, termasuk penumpang yang cuba membuka pintu tren secara manual.

Bagi mengelakkan gangguan berulang, pegawai teknikal kini ditempatkan dalam tren untuk menangani masalah serta-merta.

Denda hingga RM190,000 Jika Prestasi Gagal Dipatuhi

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin, Hasbi menjelaskan Alstom boleh dikenakan penalti hingga RM190,000 sebulan jika gagal mengekalkan piawaian prestasi ditetapkan.

Pengilang perlu memastikan 100 peratus ketersediaan tren untuk operasi satu tren, dan 99.6 peratus apabila dua tren digunakan. Toleransi prestasi ini sangat ketat," katanya.

Beliau menegaskan prestasi semasa Aerotrain kini berada pada tahap maksimum dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan terus bekerjasama dengan pengilang bagi mengekalkan standard operasi terbaik.

SUMBER: TheStar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aerotrain KLIA, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my