• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha MT-09 2025 Kini Ditawarkan Dalam Warna Baharu Lightning Blue

Yamaha MT-09 2025 Kini Ditawarkan Dalam Warna Baharu Lightning Blue

October 8, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGEDAR motosikal, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna istimewa baharu untuk model MT-09 2025 iaitu Lightning Blue. Warna ini menyerlahkan imej agresif dan premium motosikal naked sport ini, sambil mengekalkan pilihan warna klasik Tech Black yang sentiasa menjadi pilihan peminat MT Series.

Rekaan MT-09 yang berasaskan konsep 'The Dark Side of Japan' masih kekal, menampilkan gaya streetfighter moden dengan enjin 890cc tiga silinder crossplane (CP3), sistem elektronik canggih serta kedudukan tunggangan sporty tetapi selesa.

Harga dan Ketersediaan di Malaysia

Model Yamaha MT-09 2025 dengan pilihan warna baharu ini akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula 9 Oktober 2025. Harga jualan yang disyorkan ialah RM57,998.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Bagi peminat motosikal berprestasi tinggi yang mahukan kombinasi gaya, kuasa dan teknologi moden, Yamaha MT-09 2025 dengan warna Lightning Blue ini pasti menarik perhatian di jalan raya.

Spesifikasi Teknikal Yamaha MT-09 2025

Yamaha MT-09 Tech Black 4
Yamaha MT-09 Tech Black 3

 

  • Enjin / Prestasi 3 silinder selari, 4-lejang, penyejukan cecair, DOHC, 4 injap setiap silinder
  • Isipadu Enjin 890 cc
  • Kuasa Maksimum 118 PS (87.5 kW/116 HP) @ 10,000 rpm
  • Tork Maksimum 93 Nm @ 7,000 rpm
  • Transmisi 6 kelajuan dengan Bi-directional Quick Shifter
  • Rangka Aluminium diamond frame
  • Suspensi Depan Fork terbalik (USD) boleh laras, travel 130 mm
  • Suspensi Belakang Swingarm dengan link suspension, boleh laras pra-beban dan lantunan
  • Brek Depan Dwi cakera 298 mm dengan ABS
  • Brek Belakang Cakera tunggal 245 mm dengan ABS
  • Dimensi (P x L x T) 2,090 mm x 820 mm x 1,145 mm
  • Jarak Roda (Wheelbase) 1,430 mm
  • Ketinggian Pelana 825 mm
  • Ground Clearance 140 mm
  • Berat Basah 189 kg
  • Tangki Bahan Api 14 liter

Ciri Elektronik dan Teknologi

Yamaha MT-09 Ligthning Blue 5
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 3
  1. Paparan TFT 5 inci penuh warna dengan sambungan Y-Connect dan Garmin StreetCross.
  2. Mod tunggangan pelbagai termasuk Rain, Street, Sport dan Custom.
  3. Sistem bantuan tunggangan termasuk ABS dua saluran, Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS), dan Lift Control System (LIF).
  4. Assist & Slipper Clutch untuk penukaran gear lebih lancar.
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 1
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 2
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 3
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 4
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 5
Yamaha MT-09 Ligthning Blue 6
Yamaha MT-09 Tech Black 1
Yamaha MT-09 Tech Black 2
Yamaha MT-09 Tech Black 3
Yamaha MT-09 Tech Black 4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Warna baru MT09, yamaha mt-09

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
    Jenama Kove Rasmi Masuk Malaysia, Lancar 450R dan 800X GT, Harga Mula RM33,888
  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev