• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Chery Malaysia Lancar Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV dengan Jarak Pemanduan hingga 1,200km!

Chery Malaysia Lancar Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV dengan Jarak Pemanduan hingga 1,200km!

October 3, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV

CHERY Malaysia hari ini rasmi melancarkan dua model hibrid plug-in (PHEV) baharu untuk pasaran tempatan, Chery Tiggo 7 PHEV dan Chery Tiggo 8 PHEV yang menandakan langkah besar Chery dalam memperkukuh barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) di Malaysia.

Dua model itu dibangunkan berasaskan platform teknologi Chery Super Hybrid (CSH), yang menggabungkan enjin 1.5TGDi generasi ke-5, transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 18.3kWh.

Kuasa, Kecekapan - 275ps, 365Nm

Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV

Kedua-dua SUV itu mampu menawarkan gabungan kuasa petrol dan elektrik hingga 1,200km dalam satu isian penuh petrol dan caj bateri, manakalan pemanduan dalam mod elektrik penuh (EV Mode) mampu bergerak sejauh 90km.

Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV dijana enjin turbo 1.5L TGDi bersama motor elektrik kembar dengan output kuasa gabungan 275ps dan tork 365Nm, yang disalurkan kepada roda menerusi transmisi DHT dengan kecekapan mekanikal hingga 98 peratus.

Bateri LFP 18.3kWh bukan saja lebih selamat, tetapi juga menyokong pengecasan pantas (DC) 40kW hanya 19 minit untuk mengecas 30-80 peratus, manakalan pengecasan stadard (AC) 6.6kW mengambil masa tiga jam, dan pengecas 3-pin di rumah boleh dicas penuh kira-kira 8.5 jam.

Menariknya, kedua-dua model dilengkapi ciri kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L) 3.3kW untuk menyalurkan kuasa kepada peralatan elektrik yang berguna ketika melakukan aktiviti luar seperti berkhemah.

Keselamatan Sistem Keselamatan Bateri Guardian (GBS)

Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV

Chery membekalkan dua SUV ini dengan sistem keselamatan bateri bertaraf tinggi:

  • Pemutus kuasa voltan tinggi automatik apabila berlaku kemalangan
  • Bateri IP68 kalis air dan habuk yang mampu boleh meredah kedalaman air hingga 500mm
  • Julat operasi suhu dari -35°C hingga 60°C
  • Cas pantas selamat walaupun dalam cuaca ekstrem Malaysia

Selain itu, kedua-dua model juga dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju Tahap 2 (ADAS 2.0) dengan ciri lengkap seperti:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran dan Elak Tukar Lorong (LDWP)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Pengesan Titik Buat (BSD)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Pemantau Pemandu (DMS), eksklusif untuk Tiggo 7 PHEV

Rekabentuk, Teknologi - Premium dan Futuristik

Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV

Rekabentuk luaran tampil lebih moden dengan bampar baharu, gril signatur berbeza setiap model, dan lampu LED prestasi tinggi. Tiggo 8 PHEV lebih premium dengan logo bercahaya pada gril depan dan lampu belakang LED merentang lebar kenderaan.

Bahagian dalaman pula seperti berikut:

  • Tiggo 7 PHEV: Skrin kembar 24.6 inci digital penuh dan sistem pemantauan pemandu
  • Tiggo 8 PHEV: Skrin unit infotainmen besar 15.6 inci dengan sistem audio premium Sony 10 pembesar suara
  • Kedua-dua model menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 untuk prestasi lebih pantas
  • Lampu ambien 64 warna yang boleh ikut alunan muzik atau mod pemanduan
  • Kerusi kulit jenis  boleh laras elektrik, dan ventilasi (mengikut varian)

Harga, Waranti

Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV

  • Chery Tiggo 7 PHEV - RM129,800 (Semenanjung Malaysia)
  • Chery Tiggo 8 PHEV - RM159,800 (Semenanjung Malaysia)

* Tambahan RM2,000 untuk warna eksklusif Blood Stone Red dengan bumbung hitam

Pakej waranti terdiri daripada:

  • Waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000km
  • Waranti bateri, motor dan unit kawalan 8 tahun atau 160,000km
  • Servis buruh percuma (6 kali)
  • Tukar bateri 1-ke-1 (one-on-one) 1-5 tahun jika tahap kesihatan (SoH) jatuh bawah 70 peratus sepanjang dalam tempoh waranti

Komitmen Chery Sokong Mobiliti Hijau

Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV

Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV membuktikan komitmen Chery untuk menyokong hala tuju mobiliti hijau Malaysia. Dengan kuasa hebat, jarak pemanduan jauh, teknologi hibrid canggih an harga kompetitif, kedua-dua SUV tersebut dilihat sebagai pilihan PHEV paling berbaloi di pasaran tempatan.

Tempahan kini dibuka di pengedar rasmi Chery Malaysia seluruh negara.

Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV Dari kiri: Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Corporate Malaysia, Cheng Nam Weng, Pembantu Pengarah Bahagian Teknologi Pengangkutan MIDA, Muhammad Luqman Hakim Abdul Nasir, Menteri Sians, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Naib Presiden Eksekutif Chey Corporate Malaysia, Men Linbo, COO MARiii, Mohd Sharulnizam Sarip, Pengarah Negara Chery Malaysia, He Zheng
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Pelancaran Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 7 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV
Chery Tiggo 8 PHEV

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chery Malaysia, Chery PHEV terbaru, Chery Super Hybrid Malaysia, Chery TIGGO 7 PHEV Malaysia, harga TIGGO 8 PHEV 2025, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV hibrid plug-in Chery

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev