MG Motor Malaysia mengumumkan harga baharu lebih kompetitif untuk hatchback elektrik paling hangat jenama itu, MG4.
Dengan rekabentuk bergaya, teknologi canggih dan pemanduan lincah berkonsepkan pacuan roda belakang (RWD), yang juga satu-satunya dalam segmen), MG4 kini lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Harga Baharu MG4
- Lux - RM100,888
- Lux Extended - RM128,888
- XPower - RM138,888
Harga itu menawarkan penjimatan lebih RM28,000 berbanding sebelum ini, menjadikan MG4 antara kenderaan elektrik (EV) paling berbaloi dalam pasaran tempatan.
Tiga Varian untuk Tiga Gaya Hidup
MG4 ditawarkan dalam tiga varian yang menumpukan kepada tiga pembeli dengan gaya hidup berbeza.
- MG4 Lux - Praktikal untuk kegunaan harian, ringkas dan padat
- MG4 Lux Extended - Buat pemandu yang mahukan jarak perjalanan lebih jauh dengan keyakinan penuh
- MG4 XPower - Menawarkan prestasi tinggi untuk pemandu yang sukakan pemanduan sporty dan bertenaga
Setiap pembelian MG4 didatangkan dengan pengecas dinding (wallbox) 7kW PERCUMA atau kredit pengecasan, dengan penjimatan hingga RM10,000 (untuk MG4 EV XPower dan Lux Extended) dan RM7,000 (untuk MG4 Lux).
Waranti Menyeluruh MG4
MG4 juga dipakejkan dengan:
- Waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000km
- Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 180,000km
- Waranti motor pacuan dan unit kawalan (MCU) 8 tahun atau 160,000km
Promosi Istimewa: MGS5 EV
Selain MG4, MGS5 EV turut ditawarkan dengan pakej pemilikan Ultimate Ownership Package, seperti pengecas dinding 7kW PERCUMA atau kredit pengecasan bernilai hingga RM10,000.
Varian, Bateri MGS5 EV
- COM 49kWh - jarak hingga 340km (WLTP)
- COM 62kWh - jarak hingga 430km
- LUX 62kWh - jarak hingga 425km
Semua varian menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) berkuasa 170ps dan tork 250Nm, serta pengecasan AC 7kW sebagai standard pada harga bermula RM115,900.
MGS5 EV direka seimbang untuk keluarga moden dengan kabin luas dan selesa, termasuk aspek pengendalian mudah di bandar, selain mengekalkan karakteristik pemanduan British yang yakin dan stabil.
Rebat Tunai untuk Model Petrol MG
MG Motor Malaysia juga memperkenalkan tawaran hebat untuk model petrol:
- MG HS - rebat tunai hingga RM12,000
- MG5 - rebat tunai hingga RM8,000
Pembeli kini boleh menikmati enam bulan ansuran percuma bersama rebat tunai tambahan. Tawaran tersebut menjadikan model petrol MG pilihan lebih bijak, terutama dengan subsidi petrol yang masih berterusan di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai MG4 EV, MGS5 EV atau promosi model petrol MG boleh layari laman web www.mgmalaysia.com.
Leave a Reply