• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Eco Youth 2025: Presiden UMWT Turun Padang Sokong Projek SMK Pendamaran Jaya!

Toyota Eco Youth 2025: Presiden UMWT Turun Padang Sokong Projek SMK Pendamaran Jaya!

October 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

UMW Toyota Motor (UMWT) terus memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar apabila Presidennya, Datuk Ravindran K., turun padang melawat SMK Pendamaran Jaya, salah satu daripada 30 sekolah yang mengambil bahagian dalam Toyota Eco Youth (TEY) 2025.

Lawatan ini memberi peluang beliau menyaksikan sendiri usaha pelajar sekolah tersebut yang melaksanakan projek komuniti bagi menangani isu perparitan di sekitar Jalan Young, Klang, yang sering dilanda banjir kilat dan takungan air akibat sistem saliran tersumbat.

Pelajar Aplikasikan Kaedah Toyota 8-Step Problem-Solving

Melalui Toyota 8-Step Problem-Solving Methodology, para pelajar menganalisis punca utama masalah, mencadangkan penyelesaian jangka panjang, menggerakkan aktiviti gotong-royong membersihkan longkang, serta mengadakan kempen kesedaran bersama penduduk setempat mengenai kepentingan pengurusan sampah dan penjagaan alam sekitar.

Ketika lawatan itu, pelajar turut membentangkan hasil kajian mereka kepada Datuk Ravindran sebelum membawa beliau dan pasukan pengurusan UMWT meninjau tapak projek.

“Pemimpin Muda Bawa Perubahan Nyata” - Datuk Ravindran

Datuk Ravindran menyatakan rasa kagum dengan usaha pelajar yang berani dan berinovasi dalam mencari penyelesaian kepada masalah komuniti.

“Penyelesaian yang dipamerkan hari ini menunjukkan keberanian, kreativiti dan empati generasi muda. Apa yang saya lihat menjadi peringatan jelas bahawa perubahan sebenar boleh bermula daripada kepimpinan pelajar. Inilah semangat ‘Mobility for All’ - membawa impak yang berpanjangan bukan sahaja kepada individu, malah kepada seluruh komuniti.”

Toyota Eco Youth 2025 - 24 Tahun Membina Generasi Hijau

Toyota Eco Youth kini memasuki tahun ke-24 sejak diperkenalkan, menjadikannya program alam sekitar belia paling lama di Malaysia.

Program ini bukan sekadar platform nasional, tetapi juga memberi kesan nyata kepada komuniti setempat, seiring dengan visi Toyota untuk memastikan kelestarian dan tanggungjawab sosial melalui slogan “Mobility for All”.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek TEY SMK Pendamaran Jaya dan sekolah lain yang menyertai, ikuti perkembangan di Instagram rasmi TEY atau layari www.toyota.com.my/toyotaecoyouth.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Toyota Eco Youth (TEY) 2025, UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev