• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Sorento Facelift (2018) Versi Elegan untuk Pasaran Korea Sahaja

Kia Sorento Facelift (2018) Versi Elegan untuk Pasaran Korea Sahaja

July 21, 2017 By Han Othman Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA baru-baru ini memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Sorento 2018 versi dipertingkat (facelift) khas buat pelanggan di pasaran negara asal pengeluar itu, Korea Selatan.

Walaupun minimalis, tetapi perubahan ditampilkan Sorento nampak ketara. Dari hadapan, Sorento mengetengahkan gril krom dikemas kini dan sepasang lampu utama LED diperhalusi bersama lampu siang (DRL).

Rekaan depan turut diserikan dengan penampilan lampu kabus LED bentuk kuad baharu di kedua-dua sudut bampar. Ini termasuk lohong ambilan udara hitam berkilat dan warna baharu, cokelat. Hasilnya, penampilan Sorento facelift (2018) ini tampak lebih classy dan elegan berbanding model sedia ada!

kia-sorento-facelift-1
kia-sorento-facelift-2

Dari belakang, lampu baharu direka lebih sofistikated dan diadun bersama spoiler bumbung rekaan semula berserta paip ekzos berkembar. Melengkapkan lagi SUV facelift ini ialah penampilan rim baharu serba agresif.

Di Korea Selatan, Sorento (2018) ditawarkan dengan enjin 2.2L diesel dan 2.0L pengecas turbo petrol, di mana kedua-duanya dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.

kia-sorento-facelift-4
kia-sorento-facelift-3

SUMBER: Car Scoops

Related

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, kia sorento, Kia Sorento (2018), Kia Sorento facelift, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev