• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenderaan Elektrik (EV) / SUV Elektrik Coupe Ultra Pintar XPENG G6 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178,888

SUV Elektrik Coupe Ultra Pintar XPENG G6 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178,888

October 1, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

XPENG G6 lancar di Malaysia

PENGEDAR rasmi jenama XPENG di Malaysia, Bermaz XPENG Sdn Bhd mengumumkan pelancaran rasmi kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik coupe ultra pintar, XPENG G6 2025 untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM178,888.

SUV segmen-C itu kali pertama memasuki pasaran tempatan pada Ogos 2024, dan kini hadir dengan kemas kini rekabentuk, teknologi pintar lebih maju dan peningkatan prestasi. dan tempahan kini dibuka di semua bilik pameran XPENG.

Varian, Harga Jualan

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
  • XPENG G6 RWD Long Range Pro - RM178,888.00*
  • XPENG G6 AWD Performance - RM189,888.00*
  • XPENG G6 AWD Black Edition - RM193,888.00*

* Harga atas jalan di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans. Spesifikasi dan warna mungkin berbeza mengikut model sebenar.

SUV EV kompak itu didatangkan dalam pilihan lima warna luaran: Arctic White (putih), Graphite Gray (kelabu), Midnight Black (hitam), Silver Frost (perak), dan Stellar Purple (ungu) serta dua tona dalaman: Dark Gray (kelabu gelap) dan Light Gray (kelabu cerah). Model Black Edition pula hadir eksklusif dengan rim 20 inci hitam kilat, kaliper brek hitam dan logo XPENG serba hitam.

Visi XPENG: AI Sebagai Teras Inovasi

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Francis Lee berkata;

XPENG bukan pemain tradisional industri automotif. AI (kecerdsan buatan) ialah DNA kami, daripada robot, kereta pandu sendiri, kereta terbang hingga kecerdasan terjelma (embodied intelligence). Bagi pengguna Malaysia, lebih banyak model berasaskan AI akan tiba tidak lama lagi."

Rekabentuk, Aerodinamik Lebih Canggih

XPENG G6 lancar di Malaysia

SUV kompak itu dibina berasaskan platform SEPA 2.0 yang menawarkan dinamik pemanduan lebih efisien dan pengalaman pintar lebih lancar. Kemas kini luaran melibatkan:

  • Bar lampu LED Starlight Wing lebar sepanjang bonet dengan lampu signal belok terbina dalam
  • Difuser belakang baharu untuk aerodinamik lebih baik
  • Logo XPENG warna kelabu kusam (matte gray) pada bonet
  • Spoiler 'ekor itik' (ducktail) pada but untuk kestabilan
  • Gerbang roda sama tona badan untuk penampilan lebih kemas

Kabin Premium, Teknologi Pintar

XPENG G6 lancar di Malaysia

Ruang kabin XPENG G6 2025 direka semula dengan konsep Super Star-Ring, terdiri daripada:

  • Papan pemuka baharu dengan lampu ambien
  • Stereng kapasitif moden
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
  • Pilihan warna kabin: Dark Gray (kelabu gelap) dan Light Gray (kelabu cerah)
  • Unit infotainmen saiz besar dengan integrasi telefon pintar, dan kawalan suara intuitif

Keselesaan dipertingkat menerusi:

  • Bumbung panoramik star sunroof
  • Kerusi depan dengan fungsi urut, sokongan lumbar, pemanas dan pengudaraan
  • Tempat duduk belakang dengan ciri boleh laras rebah 12-tetapan ala sofa

Pengecasan Super Pantas 800V

XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia

XPENG G6 2025 menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 800V SiC 80.5kWh generasi baharu dengan keupayaan pengecasan 451kW. Kapasiti mengecas 10 - 80 peratus dicapai sepantas 12 minit, manakala jarak pemanduan hingga 525km (WLTP) sekali cas.

Platform LFP digunakan lebih selamat, tahan lama, mesra alam dan bebas penggunaan mineral intensif seperti kobalt dan nikel.

Keselamatan, Bantuan Pemandu

XPENG G6 2025 dilengkapkan pakej pemanduan pintar seperti:

  • Stereng kapasitif mikrofiber
  • Kawalan Jelajah Pintas (ACC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Parkir automatik
  • Cip pemanduan prestasi tinggi untuk respons pantas
  • Bateri dilindungi struktur keselamatan bertaraf armor balistik, tahan suhu hingga 1,000˚C dan tekanan sisi hingga 80 tan
  • Jangka hayat bateri dilanjutkan 30 peratus

Waranti, Servis

XPENG G6 lancar di Malaysia

Setiap pembelian dipakejkan dengan:

  • Waranti pengilang LIMA tahun atau 120,000 km
  • Servis dan penyelenggaraan percuma LIMA tahun atau 100,000km
  • Waranti pek bateri LAPAN tahun atau 160,000km
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
Xpeng G6 2025 7
Xpeng G6 2025 8
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia
XPENG G6 lancar di Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV Elektrik, SUV EV, SUV Segmen-C, XPENG G6, XPENG G6 2025, XPENG Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev