PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez sah bergelar juara dunia MotoGP 2025 selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Grand Prix (GP) Jepun di Motegi.
Dalam aksi di Negara Matahari Terbit itu, rakan sepasukan, Francesco Bagnaia meraih podium pertama, manakala ketiga,
Kebangkitan Selepas Enam Tahun Derita
Kali terakhir Marquez memenangi kejuaraan dunia ialah 2019. Namun karier pelumba Sepanyol itu terjejas teruk selepas mengalami kecederaan serius lengan kanan pada musim 2020. Sejak itu, beliau terpaksa melalui empat pembedahan besar antara 2020 hingga 2022, selain dua kali mengalami masalah penglihatan (diplopia).
Ditambah prestasi jentera Honda tidak kompetitif, Marquez akhirnya memutuskan meninggalkan Honda pada 2023 untuk menyertai pasukan satelit, Gresini Ducati pada 2024. Beliau kemudian ditawarkan ke pasukan pengilang Ducati untuk musim 2025. Sejak itu, prestasinya kembali pulih dan mula mendominasi MotoGP.
Musim Dominan Bersama Ducati
Sepanjang tahun ini, Marquez kembali konsisten dengan 11 kemenangan GP dan 14 kemenangan Sprint daripada 17 pusingan, manakala kejuaraan dunia dikunci awal dengan kelebihan 201 mata.
Di Motegi, Marquez bermula dari petak ketiga dan mengambil masa 10 pusingan memintas Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) bagi kedudukan kedua.
Bagnaia yang bermula dari grid pertama sudah jauh di depan dengan jurang lebih 3 saat.Walaupun jentera Bagnaia kelihatan berasap di penghujung perlumbaan, beliau mengekalkan kedudukan hingga garisan penamat, dengan meninggalkan Marquez 4.196 saat di belakang.
Catatan Bersejarah Marquez
Dengan kejayaan itu, Marquez kini memiliki rekod:
- Tujuh kali juara dunia MotoGP, menyamai rekod legenda Valentino Rossi
- Hanya tinggal satu gelaran untuk menyamai rekod lapan kali juara dunia Giacomo Agostini
- Penunggang pertama memenangi kejuaraan kelas premier selepas tempoh enam tahun
- Menjadi juara dunia keempat Ducati selepas Casey Stoner, Bagnaia dan Jorge Martin
Keputusan MotoGP Jepun 2025
- Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team)
- Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
- Joan Mir (Honda HRC Castrol)
- Marco Bezzecchi (Aprilia Factory Team)
- Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46)
- Alex Marquez (BK8 Gresini Ducati)
- Raul Fernandez (Aprilia Trackhouse)
- Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha)
- Johann Zarco (LCR Honda)
- Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Ducati)
Joan Mir turut mencatat sejarah peribadi apabila menaiki podium kali pertama sebagai pelumba Honda HRC Castrol. Sementara itu, Alex Marquez sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keenam tanpa mampu menghalang abangnya dinobat juara dunia.
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply