• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Carsome Lancar Pakej Rakyat, Kereta Terpakai Berkualiti Serendah RM199 Sebulan!

Carsome Lancar Pakej Rakyat, Kereta Terpakai Berkualiti Serendah RM199 Sebulan!

September 26, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Carsome perkena Pakej Rakyat - Carsome Value Plus, beli kereta terpakai serendah RM199 sebulan.

PLATFORM e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, Carsome Group Inc (Carsome), meraikan ulang tahun ke-10 dengan melancarkan Pakej Rakyat yang menawarkan kereta terpakai berkualiti tinggi pada harga serendah RM199 sebulan melalui program Carsome Value Plus.

Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Carsome, Eric Cheng berkata, pelancaran Pakej Rakyat adalah cara Carsome memberi kembali kepada rakyat yang menyokong perjalanan syarikat itu sepanjang sedekad.

Dengan Pakej Rakyat, kami meraikan dekad inovasi dengan menjadikan pemilikan kereta benar-benar mampu milik dan mudah dicapai untuk semua rakyat Malaysia."

Antara tawaran menarik dałam Pakej Rakyat adalah:

Carsome perkena Pakej Rakyat - Carsome Value Plus, beli kereta terpakai serendah RM199 sebulan.
Carsome perkena Pakej Rakyat - Carsome Value Plus, beli kereta terpakai serendah RM199 sebulan.
Carsome perkena Pakej Rakyat - Carsome Value Plus, beli kereta terpakai serendah RM199 sebulan.
  • Kereta terpakai berkualiti serendah RM199 sebulan melalui rangkaian Carsome Value Plus
  • Waranti percuma setahun untuk semua kereta dibeli
  • Baucar diskaun servis sah hingga 31 Disember 2025
  • Pembiayaan dalaman terbaik melalui Carsome Capital

Pelanggan boleh membuat pilihan kereta melalui aplikasi, laman web, atau bilik pameran Carsome seluruh negara.

10 Tahun Carsome: dari Malaysia ke Asia Tenggara

Sepanjang 10 tahun, Carsome berkembang menjadi jenama serantau dengan operasi di:

  • Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia
  • Mengendalikan fasiliti baik pulih kereta terbesar di Asia Tenggara dengan melahirkan Carsome Certified - kenderaan terpakai berkualiti tinggi yang diperiksa rapi.
  • Membangunkan ekosistem lengkap merangkumi pemeriksaan, baik pulih, jualan runcit, pembiayaan, insurans, waranti, pendidikan melalui Carsome Academy serta perkhidmatan selepas jualan.

Kini, ekosistem Carsome menarik lebih 15 juta pengguna setiap bulan melalui rangkaian media seperti Carsome, Carlist, WapCar dan Carsome Academy.

Langkah Carsome Seiring Agenda Mobiliti Negara

Pelancaran Pakej Rakyat daripada Carsome itu adalah langkah positif yang menyokong agenda Kerajaan untuk meningkatkan akses mobiliti dan keterangkuman kewangan.

Dengan tawaran serendah RM199 sebulan, rakyat Malaysia kini mempunyai peluang lebih besar untuk memiliki kereta terpakai berkualiti, mampu milik dan dilindungi waranti, sekali gus memudahkan urusan harian, pekerjaan dan keluarga.

SUMBER: CarsomeMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, carsome, Carsome Value Plus, Kementerian Pengangkutan, Pakej Rakyat, Pakej Rakyat Carsome

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my