• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BUDI95: Lesen Memandu 'Mati' Lebih 3 Tahun Hilang Kelayakan Subsidi RON95

BUDI95: Lesen Memandu 'Mati' Lebih 3 Tahun Hilang Kelayakan Subsidi RON95

September 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95

PEMEGANG Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang tamat tempoh lebih tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sistem Kementerian Kewangan akan membuat sekatan automatik terhadap mana-mana lesen tidak sah.

Lesen yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun masih dianggap aktif dalam sistem. Tetapi jika sudah lebih tiga tahun, ia dikira tidak aktif dan individu berkenaan secara automatik hilang kelayakan subsidi."

2.4 Juta Pemegang Lesen dalam Status Tidak Aktif


Rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan:

  • 2.4 juta pemegang CDL tamat tempoh lebih tiga tahun - tidak aktif
  • 925,421 pemegang CDL tamat tempoh tetapi masih dalam tempoh bawah tiga tahun
    • 551,688 tamat kurang setahun
    • 219,092 tamat antara 1 - 2 tahun
    • 154,641 tamat antara 2 - 3 tahun

Loke menggesa kumpulan itu segera memperbaharui lesen bagi mengelakkan ujian memandu semula.

Kalau mereka biarkan sampai lebih tiga tahun, mereka bukan saja hilang kelayakan subsidi RON95, tetapi wajib menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian II dan III."

Proses Perbaharui Lesen Kini Lebih Mudah

Loke berkata lagi, proses pembaharuan lesen kini boleh dilakukan dengan cepat, dengan hanya mengambil masa dua minit melalui aplikasi MyJPJ.

Sejak pengumuman syarat BUDI95 pada 22 September lalu, JPJ merekodkan 26,991 transaksi pembaharuan CDL melalui aplikasi MyJPJ, MySikap, kios dan kaunter.

Kita sudah beri peringatan awal. Jangan pula marah Kerajaan jika tidak dapat subsidi kerana kita sudah maklumkan lebih awal."

Beliau turut mengingatkan 154,000 pemegang lesen yang hampir mencecah tempoh tiga tahun tamat tempoh supaya bertindak segera.

Hanya RM30 Setahun, Diskaun untuk 10 Tahun

Loke turut menjelaskan, bayaran pembaharuan CDL kekal RM30 setahun, dan diskaun ditawarkan jika pembaharuan dibuat untuk tempoh 10 tahun sekali gus.

Kerajaan sudah mudahkan proses, sekarang hanya tinggal tanggungjawab pemilik lesen untuk bertindak. Jangan tunggu sehingga hilang kelayakan baru hendak panik."

Semak Lesen Sebelum Terlambat

Pelaksanaan BUDI95 bukan saja memastikan subsidi petrol diagih secara bersasar, tetapi juga mendidik rakyat bertanggungjawab memastikan dokumen kenderaan dan lesen sentiasa sah.

Pemilik CDL tamat tempoh lebih tiga tahun akan rugi kerana:

  • Hilang kelayakan subsidi RON95
  • Perlu ambil semula ujian memandu (Bahagian II dan III)

Langkah terbaik adalah menyemak dan perbaharui lesen segera, sama ada melalui aplikasi MyJPJ, kios atau kaunter JPJ, bagi mengelakkan kesulitan pada masa depan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Kementerian Pengangkutan (MOT), Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my