• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semakan Kelayakan BUDI95 Bermula Esok!

Semakan Kelayakan BUDI95 Bermula Esok!

September 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.

KERAJAAN mengumumkan portal rasmi www.budimadani.gov.my akan dibuka bermula Khamis (25 September), jam 9 pagi bagi membolehkan rakyat Malaysia menyemak profil kelayakan serta baki penggunaan subsidi petrol RON95 secara dalam talian.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, portal ini turut menyediakan kemudahan untuk pemandu e-hailing memohon tambahan kepada siling kelayakan mereka.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan di 1300-88-9595 mulai Khamis, 9 pagi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BUDI Madani."

Subsidi RM1.99 Seliter, Peruntukan RM11 Bilion

Sistem subsidi petrol RON95 baharu ini direka supaya lebih bersasar dan mesra pengguna, tanpa menyulitkan rakyat.

Kerajaan memperuntukkan sekitar RM11 bilion bagi menampung perbezaan harga antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pasaran tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter.

Dengan pemansuhan subsidi pukal, BUDI95 dijangka menjimatkan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun. Penjimatan itu akan digunakan untuk memperluas bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi manfaat rakyat.

Had 300 Liter Sebulan Setiap Pemandu

Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik membeli RON95 sehingga 300 liter sebulan.

MOF menjelaskan had ini ditetapkan berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mendapati 99 peratus pemandu kenderaan persendirian menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan.

Kelayakan 300 liter ini memadai untuk seorang pekerja yang memandu Proton Saga berulang-alik sejauh 200 kilometer dari Seremban ke Puncak Alam selama sebulan.”

Langkah Tepat, Bantu Rakyat, Elak Ketirisan

Pelaksanaan BUDI95 adalah langkah penting memastikan subsidi petrol hanya dinikmati mereka yang benar-benar layak. Dengan had 300 liter yang munasabah dan portal semakan yang mesra pengguna, rakyat boleh mengurus subsidi dengan mudah sambil kerajaan mengawal ketirisan dan penyeludupan.

Penjimatan yang dijana pula akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti STR dan SARA, sekali gus memastikan manfaat disalur terus kepada golongan yang memerlukan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Kementerian Kewangan (MOF), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!
    BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev