• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Tunggakan Cukai Jalan Kereta Mewah VIP, Ahli Politik Cecah Lebih RM35.7 Juta!

JPJ: Tunggakan Cukai Jalan Kereta Mewah VIP, Ahli Politik Cecah Lebih RM35.7 Juta!

September 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ mendedahkan tunggakan cukai jalan golongan VIP kini mencecah lebih RM35.7 juta.

GOLONGAN kenamaan termasuk ahli politik antara pemilik kenderaan mewah yang dikesan culas memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, dengan jumlah tunggakan keseluruhan lebih RM35.7 juta.

Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang memaklumkan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenama kenderaan mewah paling popular mencatat tunggakan tertinggi.

Rolls-Royce, Porsche Catat Jumlah Tertinggi

Berikut pecahan tunggakan mengikut jenama:

  • 345 unit Rolls-Royce: RM6.4 juta
  • 372 unit Lamborghini: RM3.7 juta
  • 660 unit Bentley: RM7 juta
  • 675 unit Ferrari: RM4.7 juta
  • 4,308 unit Porsche: RM13.7 juta

Hanya lima jenama ini sahaja sudah mencecah hampir RM35.7 juta tunggakan cukai jalan. Jumlah ini melibatkan kurang daripada 10,000 kenderaan tetapi nilai tunggakan sangat besar." - Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan

Ops Luxury Dijalankan Berterusan

Loke menegaskan, JPJ kini giat melaksanakan Ops Luxury bagi mengesan dan menyita kenderaan mewah tanpa cukai jalan dan insurans sah.

  • Kenderaan yang ditahan akan disita serta-merta dan hanya dibenarkan keluar selepas pemilik menjelaskan cukai jalan dan memperbaharui insurans
  • Operasi bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang tanpa mengira status sosial

Pemilik Sengaja Tunggu Disita

Lebih mengejutkan, ada pemilik yang memilih menunggu kenderaan disita kerana menganggap kompaun RM300 lebih murah daripada jumlah cukai jalan tahunan yang mencecah antara RM15,000 hingga RM30,000.

Jika sikap ini berterusan, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih drastik. Jangan paksa kami umumkan nama atau dedahkan senarai pemilik jika mereka terus berdegil."

Lebih 400 Kenderaan Mewah Disita

JPJ akan terus melaksanan Ops Luxury.

JPJ setakat ini sudah menyita lebih 400 kenderaan mewah dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Walaupun tidak semua kes dilaporkan kepada media, operasi akan diteruskan bagi memastikan semua kenderaan di atas jalan raya memiliki cukai jalan dan insurans sah.

Loke juga menyeru semua pemilik kenderaan mewah supaya menjalankan tanggungjawab memperbaharui cukai jalan tepat pada masanya.

JPJ mempunyai semua rekod pemilik, jenis kenderaan dan tempoh tamat cukai jalan. Walaupun ada bergelar Tan Sri, ahli politik atau ahli perniagaan, semua pihak perlu mematuhi undang-undang."

Langkah itu penting bukan saja mengelakkan tindakan undang-undang, tetapi juga demi keselamatan pengguna jalan raya lain kerana kenderaan tanpa insurans boleh menimbulkan risiko jika berlaku kemalangan.

SUMBER: FB JPJ

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Ops Luxury

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my