• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Pendaftaran GM 1 Dibida Lebih RM1.3 Juta, Kedua Tertinggi dalam Rekod JPJ

Nombor Pendaftaran GM 1 Dibida Lebih RM1.3 Juta, Kedua Tertinggi dalam Rekod JPJ

September 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Nombor pendaftaran GM 1 dibida lebih RM1.3 juta.

NOMBOR pendaftaran khas GM 1 dilelong pada harga RM1,300,777, sekali gus menjadi bidaan kedua tertinggi di Malaysia bagi 2025.

Plat siri 'GM' adalah singkatan kepada 'Gemilang Malaysia', dan dibuka untuk bidaan sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini melalui sistem rasmi JPJeBid.

Simbol Prestij, Eksklusif

Nilai tinggi dicatatkan membuktikan status eksklusif pendaftaran siri khas seperti 'GM', yang mana gabungan huruf 'GM' dengan nombor tunggal '1' menjadi rebutan ramai pembida kerana dianggap lambang prestij, kuasa dan identiti tersendiri di jalan raya.

Sama seperti siri terdahulu, seperti 'GOLD 1' dan 'FF 1', plat istimewa terus menjadi tumpuan golongan pengumpul dan pemilik kenderaan mewah yang mahu menonjolkan status unik.

Kedudukan Senarai Plat Termahal

Nombor pendaftaran GM 1 dibida lebih RM1.3 juta.
Nombor pendaftaran GM 1 dibida lebih RM1.3 juta.

Bagi 2025, rekod bidaan tertinggi masih dipegang GOLD 1 dengan nilai RM1.5 juta, dan, kini 'GM 1' berada di tangga kedua dengan RM1.3 juta, mengatasi beberapa siri istimewa lain yang turut mencatat ratusan ribu ringgit dalam sistem bidaan JPJ.

Sambutan Hangat Nombor Pendaftaran Istimewa

Fenomena bidaan plat unik di Malaysia semakin meningkat saban tahun. Dengan sistem JPJeBid, proses bidaan dijalankan secara telus dan terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja membida asalkan sanggup membayar harga tinggi untuk nombor idaman.

Nombor pendaftaran bernilai jutaan ringgit itu bukan sekadar hiasan kenderaan, tetapi menjadi aset koleksi dan simbol kebanggaan kepada pemilik kenderaan itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJeBid, Nombor Pendaftaran Istimewa, nombor plat, Nombor Plat GM 1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
    Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev