
BERMULA 30 September lalu, semua rakyat Malaysia sudah boleh menikmati harga petrol RON95 serendah RM1.99 seliter melalui program subsidi BUDI95.
Inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan hanya warganegara menerima manfaat subsidi, sekali gus meringankan beban kos sara hidup.
Setel: Cara Paling Mudah Isi Minyak?

Kami di PanduLaju juga mencuba sendiri beberapa stesen sekitar Lembah Klang seperti Petron, Caltex, Shell termasuk PETRONAS.
Petron tiada aplikasi khas, dan pengguna hanya perlu menyemak kelayakan BUDI95 sama ada di kaunter pembayaran atau terminal pam. Bayaran petrol pula boleh dibuat secara tunai, kad debit atau kredit, atau e-dompet.
Shell pula dalam proses membangunkan aplikasi sendiri, manakala Caltex pula antara stesen minyak yang memiliki aplikasi khas (CaltexGO) untuk mengisi minyak terus dari pam, tetapi perlu dipautkan terlebih dahulu dengan TNG eWallet.
Di PETRONAS pula, aplikasi Setel memang dibangunkan khas untuk mengisi minyak terus dari telefon pintar. Malah Setel juga berfungsi sebagai e-dompet yang mana kita boleh menambah dan menyimpan kredit terus dari akaun perbankan atau TNG eWallet peribadi.
Setel bukan saja memudahkan kami mengisi minyak terus dari pam menggunakan telefon pintar (termasuk menyemak status kelayakan BUDI95), tetapi juga boleh digunakan untuk membeli barangan di Kedai Mesra.
Kami dapati cara pembayaran minyak menggunakan aplikasi Setel adalah paling senang dan lancar kerana semua boleh diuruskan terus daripada telefon pintar tanpa perlu pergi ke kaunter atau mengimbas sebarang kad pada mesin pam.

Kenapa Mudah?
Ini kerana maklumat kelayakan BUDI95 dalam MyKad sudah siap disahkan dalam Setel ketika kali pertama mendaftar. Jadi tidak perlu berulang kali mengimbas kad pengenalan setiap kali mahu mengisi petrol.
Apa yang bagus, proses mengisi minyak lebih cepat dan kami bukan saja dapat menikmati harga subsidi petrol RON95, malah dapat juga mengumpul mata ganjaran.
Saya dah guna Setel ni, memang mudah dan cepat. Sekali verify MyKad, lepas tu isi minyak pun lancar." - Liyana, Head of Marketing PanduLaju
Lagi satu, pengguna baharu boleh daftar akaun Setel dengan kod c-5etel untuk menerima pulangan tunai (cashback) RM5. Siapa nak bagi kan?
Perhatian! 300 liter diberikan bukan percuma dan perlu dibayar (RM1.99/liter) tau! Itu cuma had liter ditetapkan Kerajaan untuk setiap warga Malaysia yang layak setiap bulan. 😅
Cara Nikmati RON95 RM1.99/liter di Stesen PETRONAS
Bagi melayakkan diri, anda perlu:
- Semak kelayakan di laman rasmi www.budi95.gov.my atau aplikasi Setel
- Sahkan MyKad sama ada di stesen minyak atau terus dalam aplikasi Setel
- Selepas disahkan, harga subsidi RON95 RM1.99/liter akan terus dinikmati setiap kali mengisi minyak, sama ada di pam atau kaunter
- Maklumat subsidi BUDI95 akan dipaparkan pada resit pembayaran, manakala baki kelayakan bulanan (300 liter) dikemas kini secara automatik selepas setiap pengisian
- Perhatian! Baki kelayakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya
Bantuan di Stesen dan Talian Khidmat Pelanggan
Kepada mereka yang masih kurang yakin, staf PETRONAS sedia membantu di stesen. Pengguna juga boleh menghubungi talian khas BUDI Madani RON95 di 1300-88-9595 atau layari www.mymesra.com.my untuk maklumat lanjut.
Ringkasan Penting BUDI95 di PETRONAS
- Harga subsidi: RM1.99/liter (warganegara Malaysia sahaja)
- Harga pasaran: RM2.60/liter (bukan warganegara dan syarikat besar)
- Kelayakan: 300 liter sebulan, dikemaskini automatik selepas isi minyak
- Saluran semakan dan sahkan MyKad: budi95.gov.my atau aplikasi Setel
- Baki kelayakan tidak dibawa ke bulan berikutnya
Penjimatan subsidi RON95 diberikan sebenarnya bukan 6 sen seperti yang salah faham sesetengah orang, tetapi 61 sen (RM2.60 - RM1.99).
Ya, bermula hari ini, semua rakyat Malaysia sudah boleh isi minyak RON95 dengan lebih jimat di semua stesen PETRONAS. Pastikan MyKad disahkan lebih awal untuk pengalaman tanpa gangguan, dan kalau nak paling mudah, Setel je!
Komen Abang Gan
Cara Isi Minyak Guna Kad Debit/Kredit di Terminal Pam PETRONAS



















Leave a Reply