• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BUDI95: Harga Petrol RON95 Malaysia Kekal Antara Termurah Dunia

BUDI95: Harga Petrol RON95 Malaysia Kekal Antara Termurah Dunia

September 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

MALAYSIA kekal dalam kelompok negara yang menawarkan harga petrol termurah dunia, walaupun harga tanpa subsidi bagi RON95 berada pada paras RM2.60 seliter.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, dengan pelaksanaan harga bersubsidi RM1.99 seliter yang berkuat kuasa 30 September ini, Malaysia terus mengekalkan kedudukan sebagai antara negara dengan harga bahan api terendah di rantau Asia Tenggara dan peringkat global.

Walaupun harga pasaran sebenar akan diumumkan 30 September nanti, rakyat tidak perlu bimbang kerana mekanisme yang digunakan Kerajaan memastikan harga kekal kompetitif."

Kalau kita lihat, harga RM1.99 ini memang yang paling murah. Sekiranya dinaikkan kepada harga pasaran, kita masih lagi tergolong antara negara dengan harga minyak terendah."

Harga RM1.99 Seliter Akan Dikekalkan

Menjawab persoalan sama ada harga petrol akan diturunkan jika harga minyak dunia jatuh, beliau menegaskan harga RM1.99 seliter kekal kerana ia adalah harga subsidi tetap.

RM1.99 adalah harga bersubsidi, jadi ia akan dikekalkan dan tidak boleh diturunkan lagi."

"Alhamdulillah, kita masih boleh bersyukur kerana harga minyak di negara kita adalah antara yang terendah di dunia."

Mekanisme Penetapan Harga Kekalkan Kestabilan

Harga petrol di Malaysia ditentukan menggunakan mekanisme sistem penetapan harga petrol (EPM) yang mengambil kira perkembangan harga minyak mentah dunia. Kaedah itu membolehkan Kerajaan mengimbangi kestabilan harga bahan api dengan kemampuan fiskal negara.

Pada harga subsidi baharu tersebut, rakyat dijangka terus menikmati kos sara hidup lebih rendah, manakala Kerajaan dapat mengawal ketirisan dan memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak melalui program Budi Madani RON95 (BUDI95).

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), harga ron95, Kementerian Kewangan (MOF), Menteri Kewangan II

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my