PELAKSANAAN skim subsidi petrol baharu di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) dijangka memberi penjimatan besar kepada negara, antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, skim ini memastikan petrol bersubsidi hanya disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, sekali gus mengelakkan ketirisan atau penyalahgunaan termasuk penjualan kepada warga asing.
Skim subsidi ini bukan saja memanfaatkan terus kepada rakyat, malah dapat mengekang penyalahgunaan yang sebelum ini berlaku."
Selepas pelaksanaan subsidi petrol ini, jumlah penjimatan bergantung kepada harga minyak mentah dunia yang ditentukan di pasaran antarabangsa."
Jika harga minyak dunia sekitar AS$75 setong, penjimatan subsidi boleh mencecah antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun."
Fokus Elak Ketirisan, Pastikan Subsidi Tepat Sasaran
Pelaksanaan skim menggunakan MyKad sebagai pengesahan kelayakan bagi memastikan hanya rakyat Malaysia layak menerima petrol bersubsidi RON95.
Langkah itu juga mengukuhkan integriti sistem subsidi negara dengan meminimum penyalahgunaan pihak tidak bertanggungjawab.
Dengan pendekatan bersasar itu, Kerajaan berhasrat mengekalkan ketelusan, meningkatkan kecekapan perbelanjaan fiskal, dan memastikan manfaat subsidi benar-benar dinikmati golongan memerlukan.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply