• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!

BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!

September 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.

KERAJAAN mengumumkan kos penukaran cip MyKad rosak ditanggung sepenuhnya bagi memastikan rakyat tidak berdepan masalah menikmati subsidi bersasar di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu diberikan percuma di semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025.

Kerajaan prihatin menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak sesekali terjejas hanya kerana masalah teknikal MyKad.”

Sebelum ini, setiap pertukaran MyKad akibat kerosakan cip dikenakan caj pemprosesan RM10.

Rekod Permohonan MyKad Rosak Meningkat

Berdasarkan rekod JPN, 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak direkodkan antara Januari hingga Ogos 2025.

Trend permohonan menunjukkan peningkatan ketara sejak tiga bulan kebelakangan ini:

  • Jun: 32,819 permohonan
  • Julai: 40,371 permohonan
  • Ogos: 45,411 permohonan
  • September (hingga 21 haribulan): 22,858 permohonan

Berdasarkan purata dua bulan terkini, JPN menganggarkan sekitar 43,000 cip MyKad rosak setiap bulan.

Kos keseluruhan pelaksanaan inisiatif penukaran percuma itu dianggarkan mencecah RM714,660, termasuk kos berkaitan lain.

MyKad - Kunci Akses Subsidi BUDI95

Saifuddin turut mengingatkan rakyat supaya memastikan MyKad sentiasa berada dalam keadaan baik kerana bukan saja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan Kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.

Kerajaan berpegang kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada manfaat yang dijanjikan.”

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), harga ron95, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), MyKad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!
    BUDI95: Kerajaan Tanggung Kos Tukar Cip Mykad Rosak Selama 15 Hari!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev