• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini

PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini

September 19, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter

KERAJAAN dijangka melaksanakan subsidi bersasar petrol RON95 hujung September ini, sekali gus menurunkan harga bahan api itu kepada RM1.99 seliter seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan langkah tersebut sebagai bukti komitmen Kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Insya-Allah, Perdana Menteri akan tunaikan janji kepada rakyat Malaysia. Beliau seorang yang berpegang pada kata-kata, dan setiap janji akan dilaksanakan untuk rakyat,” kata Saifuddin menerusi hantaran di Facebook, Khamis lalu.

Pastikan Cip MyKad Berfungsi

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut menasihatkan orang ramai supaya memeriksa keadaan cip MyKad masing-masing sebelum pelaksanaan subsidi bersasar bermula.

Sekiranya cip rosak atau gagal dibaca, pengguna boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diganti baharu, yang dijanjikan siap pada hari sama.

Jangan tunggu saat akhir. Buat semakan awal supaya anda dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini,” katanya.

Mesin Baharu di Stesen Minyak

Sebelum ini, tular satu video 1 minit 13 saat yang menunjukkan mesin baharu untuk mengesahkan identiti pengguna subsidi bersasar RON95.

Video dimuat naik di Facebook Eric See To-Lim Sian See itu memaparkan sesi latihan penggunaan mesin berkenaan kepada pengusaha stesen minyak.

Demi Fiskal Negara Lebih Mampan

Pada Ogos lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan Kerajaan kekal dengan rancangan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95, dengan perincian lanjut dijangka diumumkan menjelang akhir September ini.

Beliau menjelaskan, subsidi pukal yang diamalkan selama ini membebankan fiskal negara, selain tidak memberi manfaat sebenar kepada majoriti rakyat.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bahan api RON95, harga petrol, kerajaan madani, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev