• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda BeAT 2025 Kini Ditawarkan dalam Warna Hitam, Putih Baharu, Harga RM6,090

Honda BeAT 2025 Kini Ditawarkan dalam Warna Hitam, Putih Baharu, Harga RM6,090

September 18, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda BeAT 2025

PENGEDAR motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memperkenalkan dua warna baharu untuk skuter popular Honda BeAT 2025, iaitu Hitam dan Putih sebagai pilihan kepada pelanggan selain warna sedia ada Matte Silver (perak) dan Hijau yang masih dikekalkan dalam pasaran.

Model warna baharu itu dijangka mula berada di semua pengedar sah Honda dan Honda Impian X seluruh negara bermula 20 September 2025 pada harga RM6,090, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Enjin eSP 110cc - Jimat, Bertenaga dan Mesra Alam

Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025

Honda BeAT 2025 dikuasakan enjin 110cc eSP yang menawarkan prestasi lancar dan boleh diharap dengan output kuasa 6.5kW @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.

Enjin itu juga diperakui EEV dengan kadar penggunaan bahan api 1.7 liter per 100km, sekali gus membantu mengurangkan emisi karbon.

Ciri Keselamatan, Praktikaliti Harian

Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025

Bagi aspek keselamatan, Honda BeAT 2025 dilengkapi Sistem Brek Kombi (CBS) yang mengaktifkan brek depan dan belakang serentak untuk kuasa membrek lebih seimbang.

Skuter bajet itu juga menerima rating 3-bintang MyMAP yang meningkatkan keyakinan penunggang. Kemudahan harian turut disertakan seperti:

  • Pengecas untuk peranti mudah alih
  • Ruang simpanan 12 liter di bawah pelana
  • Cangkuk barangan untuk beg atau helmet
  • Kunci brek parkir untuk kestabilan di cerun atau permukaan tidak rata
  • Pembuka pelana satu sentuhan untuk akses mudah ke ruang simpanan bawah pelana

Rekabentuk Sporty, Waranti Menyeluruh

Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025

Honda BeAT 2026 hadir dengan lampu depan LED terang untuk tunggangan malam lebih selesa, dan panel meter moden dengan indikator bateri dan ECO yang menambah sentuhan sporty dan muda pada rekabentuk keseluruhan.

BSH turut menawarkan waranti pengilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu) kepada setiap pembeli Honda BeAT 2025. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Honda BeAT atau kunjungi pengedar Honda Impian X berhampiran.

Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025
Honda BeAT 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew BeAT, Boon Siew Honda (BSH), Honda BeAT, Honda BeAT 2025, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my