• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Keluar 1,672 Saman dalam Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan

JPJ Keluar 1,672 Saman dalam Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan

September 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Ops Gempur Perdagangan - JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mengeluarkan 1,672 saman dalam Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan sejak 1 September lalu.

Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, 8,225 kenderaan diperiksa sepanjang 17 hari operasi, membabitkan 3,389 kenderaan barangan dan 4,836 kenderaan perkhidmatan awam.

8,225 Kenderaan Diperiksa, 575 Dikenakan Tindakan

Daripada jumlah tersebut, 575 kenderaan dikenakan tindakan manakala lapan kenderaan disita kerana melakukan kesalahan serius dan berulang.

Operasi yang akan berlangsung hingga 31 Disember 2025 itu menumpukan kepada kesalahan berikut:

  • Memandu berterusan di lorong kanan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Lesen dan insurans tamat tempoh
  • Tidak mematuhi spesifikasi pembinaan dan penggunaan kenderaan

Semua kesalahan itu melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Tindakan Tegas, Tiada Kompromi

Hamidi berkata, JPJ tidak akan berkompromi terhadap pemilik dan pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

Mereka yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tegas termasuk saman dan penyitaan kenderaan."

Selain penguatkuasaan, pendekatan pendidikan dan advokasi turut dijalankan melalui sesi penerangan kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang diperiksa.

Langkah itu sebahagian usaha berterusan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan maut, dan memperkukuh integriti sistem pengangkutan awam dan barangan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my