• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche Experience Centre (PEC) Singapura Dijangka Siap 2027, Pertama di Asean

Porsche Experience Centre (PEC) Singapura Dijangka Siap 2027, Pertama di Asean

September 18, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.

PEMBINAAN Pusat Pengalaman Porsche (Porsche Experience Centre, PEC) pertama di Asean kini rasmi bermula selepas majlis pecah tanah atas tapak seluas 14 hektar bersebelahan Lapangan Terbang Changi di Singapura, sekali gus menjadikan negara itu sebagai tuan rumah PEC ke-11 dunia, selepas PEC ke-10 dibuka di Toronto, Kanada, Jun tahun ini.

Pusat pengalaman berprestij itu dijangka dilancarkan pada 2027, dan bakal menampilkan litar pengendalian sepanjang 2km, selain bulatan drift, litar pengendalian drift, pameran bertema, koleksi kenderaan Porsche yang berubah secara berkala, artifak dari arkib Muzium Porsche, simulator perlumbaan imersif dan pelbagai pilihan restoran bertema.

Kemudahan Selepas Jualan, Sokongan Mobiliti Hijau

Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.

Menariknya, PEC Singapura bakal menjadi pertama di dunia memiliki kemudahan selepas jualan terbina sepenuhnya yang membolehkan pemilik Porsche mendapatkan servis selepas jualan secara terus di fasiliti itu.

Selari Pelan Hijau Singapura 2030, pusat itu juga akan dilengkapi flit kenderaan elektrik (EV) dan infrastruktur mesra alam, yang menjadi contoh kemudahan automotif berprestij mampan di Asean.

Kerjasama Strategik STB, CAG

Porsche Experience Centre (PEC) di SIngapura dijangka siap 2027.

Majlis pecah tanah turut disertai wakil Porsche Asia Pacific, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Changi Airport Group (CAG).

Sebelum acara utama, wakil Porsche AG dan Porsche Asia Pacific menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CAG bagi merasmikan kerjasama strategik untuk mengintegrasi PEC Singapura dalam ekosistem pelancongan dan penerbangan Changi.

Perjanjian itu akan membuka peluang inovasi dalam pengalaman pelancong dan pembangunan mampan, sejajar nilai bersama kedua-dua pihak. Ia juga menjadi penghubung usaha sedia ada, termasuk pembukaan kedai aksesori Porsche di Jewel, baru-baru ini.

Hab Serantau Baharu Porsche Asia Pacific

Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.

Ahli lembaga eksekutif jualan dan pemasaran Porsche AG, Matthias Becker berkata, pembinaan PEC Singapura menandakan komitmen jangka panjang Porsche terhadap Asia Tenggara dan menjadi detik bersejarah bagi jenama itu di peringkat global.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Porsche Asia Pacific, Hannes Ruoff berkata, PEC Singapura akan menjadi hab serantau untuk pengalaman jenama dan penglibatan pelanggan secara eksklusif, dengan kerjasama rapat bersama STB dan CAG untuk pengalaman lancar, berkesan dan benar-benar mencerminkan identiti Porsche.

Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.
Porsche Experience Centre (PEC) di Singapura dijangka siap 2027.

SUMBER: TheEdgeSingapore

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Porsche, Porsche Experience Centre (PEC), Porsche Experience Centre Singapura, Pusat Pengalaman Porsche (PEC), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my