• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kastam KL Sita 32 Unit Kenderaan Bernilai RM8.45j

Kastam KL Sita 32 Unit Kenderaan Bernilai RM8.45j

September 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita 32 unit kenderaan import pelbagai jenis bernilai melebihi RM8.45 juta kerana melanggar syarat gudang.

Pengarah Kastam WPKL, Wan Nurizan Wan Daud berkata, rampasan itu hasil operasi khas Ops Purple yang dijalankan dari 29 Julai hingga 7 Ogos lalu di dua gudang berlesen di Setapak dan Sungai Penchala, Damansara.

Pemeriksaan mendapati pemilik gudang berlesen gagal mematuhi syarat lesen seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 65(2) dan Seksyen 65(5) Akta Kastam 1967.

Sebanyak 32 kenderaan import disimpan melebihi tempoh 48 bulan dibenarkan.

Nilai sitaan kenderaan dianggarkan RM3.08 juta, manakala jumlah duti import dan cukai yang terlibat pula dianggarkan mencecah RM5.38 juta.

Modus Operandi: Salah Guna Kemudahan Pengecualian Duti

Siasatan mendapati pihak terlibat menggunakan taktik menyalahgunakan kemudahan pengecualian duti yang diberikan di bawah Seksyen 4 Akta Kastam 1967.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan import.

Rampasan RM72.12 Juta Direkodkan Sejak Januari

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, JKDM WPKL merekodkan 353 kes rampasan pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan mencecah RM72.12 juta melibatkan duti dan cukai dianggarkan RM31.61 juta.

Antara rampasan terbesar ialah:

  • Minuman keras: RM11.48 juta (77 kes)
  • Besi import tanpa permit: RM8.88 juta (10 kes)
  • Bunga ganja: RM8.67 juta (25 kes)
  • Rokok putih dan kretek: RM6.71 juta (159 kes)
  • Dron tanpa permit import: RM1.56 juta (1 kes)
  • Lain-lain barangan: RM53.3 juta (81 kes)

Orang Awam Digesa Lapor Aktiviti Penyeludupan

Wan Norizan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan penyeludupan yang boleh menyebabkan ketirisan hasil negara dan mengancam keselamatan.

Orang awam digesa menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam berhampiran, dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Kastam 1967, Auto Terkini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Ops Purple, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my