• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #BikinAuto: Deruman Ekzos V8 BMW E92 M3 Sentuhan Milltek Sport Bikin Berdebar

#BikinAuto: Deruman Ekzos V8 BMW E92 M3 Sentuhan Milltek Sport Bikin Berdebar

September 18, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW M3 E92 daripada Milltek Sport

MENATAP kereta hari ini yang sarat teknologi canggih, terbit pula rasa rindu kepada sebuah kereta tampil bersahaja. BMW M3 E92  dilancarkan pada penghujung 2000-an dengan enjin V8 4.0L tanpa turbo. Model tersebut pantas mendapat tempat sebagai kereta pemandu tulen yang tajam, bertenaga dan dibina untuk penganut tulen (purist).

Kini, Milltek Sport memperkenalkan sistem ekzos valved cat-back serba baharu yang direka untuk membebaskan sepenuhnya potensi enjin V8 ikonik itu, dengan menawarkan bunyi mengasyikkan.

Sesuai Semua Varian


Sistem Milltek boleh dipasang pada semua model M3 generasi tersebut seperti E90 Sedan, E92 Coupe dan E93 Convertible.

Ekzos baharu itu dibangunkan lebih bebas bernafas dengan injap boleh laras yang mampu mengubah karakter kereta mengikut situasi.

Dua Mod Kawalan Bunyi

BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport

Pemilik boleh menukar karekter bunyi menggunakan alat kawalan jauh:

  • Mod Senyap: Gas ekzos disalurkan melalui peredam kembar belakang yang menghasilkan bunyi lebih terkawal untuk perjalanan jauh atau pemanduan bandar.
  • Mod Bising: Injap dibuka penuh yang memintas peredam dan menghasilkan bunyi V8 yang lebih raw serta mengaum, cukup untuk menggembirakan peminat kereta prestasi.

Muncung ekzos diameter 80mm itu sedikit lebih besar berbanding asal dan ditawarkan dalam dua kemasan, keluli tahan karat kilat atau hitam Cerakote.

BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport

Pengurus Operasi Teknikal Milltek Sport, Kev Hall berkata;

M3 E92 ialah kereta pemandu sejati. Ia mempunyai prestasi hebat, pengendalian tepat dan bunyi asal yang baik.

"Tetapi sistem kami bawa ke tahap lain. Tutup injap, ia tenang dan matang. Buka injap, tekan pedal habis, bunyinya benar-benar menggugah jiwa. Inilah suara sebenar sebuah kereta berprestasi."

Kualiti, Jaminan

BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport

Seperti semua produk Milltek Sport, sistem itu dibuat daripada keluli tahan karat gred T304L di fasiliti moden di Derby, Britain dan turut dipakejkan waranti seumur hidup untuk pemilik asal.

Produk baharu itu menambah kepada barisan aksesori Milltek yang meluas, membabitkan jenama seperti MINI, Audi, Volkswagen dan Porsche.

BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport
BMW E92 M3 daripada Milltek Sport

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: aksesori, Bikin Auto, Bikin Kereta, BMW, BMW M3, BMW M3 E92, Milltek, Milltek Sport, Milltek Sport BMW M3 E92, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my