• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Proton X50 2025 Sesuai Ke Jadi Kereta Pertama Kalau Baru Dapat Lesen?

#PanduUji: Proton X50 2025 Sesuai Ke Jadi Kereta Pertama Kalau Baru Dapat Lesen?

September 29, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama SUV segmen-B nombor satu di Malaysia, Proton X50 2025 yang kini tampil dengan pembaharuan menyeluruh dari segi enjin, reka bentuk, teknologi, dan pelbagai ciri lain.

Destinasi kali ini membawa penulis ke salah satu negeri paling penting dalam sejarah negara, iaitu Melaka, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Digelar Bandaraya Bersejarah, Melaka pernah menjadi pusat perdagangan maritim utama sejak abad ke-15 kerana kedudukannya yang strategik di Selat Melaka.

Hari ini, Melaka bukan sahaja terkenal dengan warisan budaya dan seni bina kolonial, malah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2008.

Jadi sebelum memulakan perjalanan sejauh 149km dari Shah Alam, kami mengambil kenderaan ujian di Proton Centre of Excellence (COE). Model yang digunakan ialah Proton X50 2025 Flagship, varian tertinggi dalam barisan X50 baharu.

Spesifikasi Proton X50 2025

  • Enjin i-GT 1.5 TD baharu
  • Kuasa maksimum 133kW dan tork 290Nm
  • Transmisi klac berkembar 7-kelajuan (7DCT)
  • Pecutan 0-100km/j sepantas 7.6 saat (0.3s lebih pantas berbanding model terdahulu)
  • Penjimatan bahan api meningkat +4.7%
  • Ditawarkan dalam tiga varian: Executive, Premium, dan Flagship

Proton turut menawarkan nilai tambah lebih RM10,000 menerusi peningkatan ciri dan teknologi baharu untuk model tahun 2025 ini.

Kenapa Proton X50 Sesuai untuk Pemandu ‘Newbie’

Ramai pemandu baharu sering berasa risau memandu SUV kerana saiznya yang lebih besar berbanding kereta sedan atau hatchback. Namun, Proton X50 2025 hadir dengan ciri yang mesra pemandu pemula. Berikut adalah pengalaman penulis selepas dua hari satu malam memandu X50 2025:

1. Kawalan Stereng yang Tepat dan Selesa

Stereng X50 baharu terasa seimbang dan responsif, menjadikannya mudah dikawal walaupun untuk pemandu kurang berpengalaman.

Reka bentuk ergonomik memudahkan kawalan satu tangan, manakala butang kawalan pada stereng membolehkan pelbagai fungsi diakses tanpa gangguan fokus dari jalan.

2. Empat Mod Pemanduan Mengikut Citarasa

Proton X50 2025 menawarkan empat pilihan mod pemanduan – Sport, Comfort, Eco, dan Adaptive.

  • Sport - sesuai untuk yang sukakan kelajuan, enjin responsif dan stabil walaupun pada 150 hingga 170kmj.
  • Comfort & Eco - fokus kepada keselesaan dan penjimatan minyak.
  • Adaptive - bijak menyesuaikan kuasa dan penggunaan bahan api mengikut gaya pemanduan, sesuai untuk mereka yang belum pasti mod mana yang diingini.

3. Sistem Bantuan Pemanduan Lengkap

Model Flagship ini dilengkapi Sistem ADAS Tahap 2, merangkumi:

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Kunci automatik ketika beredar (walk-away auto lock)
  • 6 beg udara
  • Kamera undur

Lebih menarik, X50 2025 hadir dengan sistem bantuan parkir automatik - termasuk parkir undur, parkir sisi, dan parkir bebas.

Untuk parkir bebas, anda hanya tetapkan lokasi melalui skrin infotainmen dan sistem akan menguruskan stereng secara automatik. Walaupun prosesnya sedikit perlahan, ketepatan manuver hampir 90 peratus dan amat membantu pemandu baharu.

4. Ciri Mesra Pengguna Cermin Mata

X50 turut dilengkapi sunvisor lutsinar pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Material plastik ringan yang digunakan membantu mengurangkan silau sama ada pada waktu siang atau malam.

Ciri kecil ini memberi kelegaan besar kepada pemandu yang sensitif terhadap cahaya atau tidak gemar memakai cermin mata hitam.

5. Kini Ada Apple CarPlay & Android Auto

All New Proton X50 2026 - Premium

Salah satu penambahbaikan paling ditunggu-tunggu ialah kemasukan Apple CarPlay dan Android Auto secara rasmi.

Dengan ciri baharu ini, pemandu boleh menyambungkan telefon pintar dengan mudah dan mengakses aplikasi seperti Google Maps, Spotify, Waze, atau menerima panggilan dengan lebih selamat tanpa mengalihkan fokus dari jalan.

Bagi pemandu baharu, ciri ini sangat membantu - terutamanya untuk navigasi, kerana arahan peta lebih jelas di paparan infotainmen dan boleh diikuti tanpa gangguan. Ia juga mengurangkan risiko menggunakan telefon ketika memandu, menjadikan pengalaman lebih selamat dan mesra pengguna.

SUV Harian yang Sesuai untuk Semua

Selepas memandu Proton X50 2025 dari Shah Alam ke Melaka, penulis dapat merumuskan bahawa SUV ini bukan sekadar selesa, malah meyakinkan untuk perjalanan jauh. Pecutan lancar, kawalan stereng tepat, dan ciri keselamatan yang lengkap memberi keyakinan tambahan ketika memandu.

Bagi pemandu baharu, sistem bantuan parkir dan ADAS membantu mengurangkan rasa gementar memandu SUV, manakala mod Adaptive menjadikan pengalaman pemanduan lebih santai tanpa perlu kerap menukar tetapan.

Secara keseluruhan, Proton X50 2025 adalah SUV segmen-B yang lengkap, sesuai untuk kegunaan harian, perjalanan jauh hujung minggu, dan juga untuk mereka yang pertama kali mahu beralih dari kereta sedan kepada SUV.

proton-x50-2025-pandu-uji-7
proton-x50-2025-pandu-uji-8
proton-x50-2025-pandu-uji-9
proton-x50-2025-pandu-uji-10
proton-x50-2025-pandu-uji-11
proton-x50-2025-pandu-uji-12
proton-x50-2025-pandu-uji-13
proton-x50-2025-pandu-uji-14
proton-x50-2025-pandu-uji-15
proton-x50-2025-pandu-uji-16
proton-x50-2025-pandu-uji-17
proton-x50-2025-pandu-uji-18
proton-x50-2025-pandu-uji-19
proton-x50-2025-pandu-uji-20
proton-x50-2025-pandu-uji-21
proton-x50-2025-pandu-uji-22
proton-x50-2025-pandu-uji-23
proton-x50-2025-pandu-uji-24
proton-x50-2025-pandu-uji-25
proton-x50-2025-pandu-uji-26
proton-x50-2025-pandu-uji-27
proton-x50-2025-pandu-uji-28
proton-x50-2025-pandu-uji-29
proton-x50-2025-pandu-uji-30
proton-x50-2025-pandu-uji-31
proton-x50-2025-pandu-uji-32
proton-x50-2025-pandu-uji-33
proton-x50-2025-pandu-uji-34
proton-x50-2025-pandu-uji-35
proton-x50-2025-pandu-uji-36

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: 2017 promosi raya proton, Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Melaka, Pandu uji, Proton Centre of Excellent (COE), Proton X50 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X50 2025 Sesuai Ke Jadi Kereta Pertama Kalau Baru Dapat Lesen?

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev