• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Volkswagen Perkenal Koleksi Gaya Hidup ‘Furever in Style’ untuk Haiwan Peliharaan

Volkswagen Perkenal Koleksi Gaya Hidup ‘Furever in Style’ untuk Haiwan Peliharaan

September 17, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style

PENGEDAR rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif edisi terhad, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, yang direka khas bagi meraikan hubungan istimewa antara pemilik dan haiwan peliharaan kesayangan.

Koleksi itu menggabungkan elemen gaya, keselesaan dan fungsi menerusi pelbagai barangan menarik seperti bekas air boleh lipat, kolar, tali, bib haiwan peliharaan, abah-abah (harness), topi dan singlet comel untuk kucing serta anjing.

Senarai Harga Barangan Koleksi

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style

Lebih menarik, stoking sedondon untuk pemilik turut disertakan supaya gaya dapat dikongsi bersama ketika berjalan-jalan harian atau mengembara hujung minggu.

Produk Harga (RM)
Harness (Abah-abah) 47.90 - 57.80
Singlet Kucing 68.90
Singlet Anjing 68.90
Topi Kucing 55.30
Topi Anjing 55.30
Bib 27.00
Tali 50.40 - 52.90
Kolar 33.10 - 40.50
Stoking Merah Jambu 27.00
Stoking Turkois 27.00
Bekas Air 23.30

Eksklusif di Pengedar Terpilih

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style

Koleksi Volkswagen Furever in Style boleh didapati dalam tempoh terhad di pengedar:

  • Volkswagen Glenmarie
  • Volkswagen Puchong
  • Volkswagen Sungai Petani
  • Volkswagen Alor Setar

VPCM juga menyokong acara Pet Adoption Drive di Jaya One pada 21 dan 22 September ini, yang mana pelanggan berpeluang membeli barangan koleksi dan merakam gambar profesional bersama haiwan kesayangan di tapak acara.

Rai Persahabatan Sejati

Di Volkswagen, kenderaan bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi tentang momen, memori dan perhubungan. Koleksi tersebut menjadi simbol penghargaan kepada teman setia yang sentiasa menjadi sebahagian perjalanan harian pelanggan Volkswagen.

Maklumat lanjut boleh layari: www.volkswagen.com.my/furever-in-style

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Pet Adoption Drive, Volkswagen Malaysia, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), Volkswagen Pet Collection: Furever in Style

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my