• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 100,000 Kenderaan Pengangkutan Awam, Barangan Layak Daftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi SKPS

100,000 Kenderaan Pengangkutan Awam, Barangan Layak Daftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi SKPS

September 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali

KEMENTERIAN Perdagangan Dałam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganggarkan 100,000 kenderaan pengangkutan awam dan barangan seluruh negara layak mendaftar Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan data SKPS yang disepadu dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus memastikan penyaluran subsidi lebih tersusun dan telus.

Hanya 154 Syarikat Daftar Setakat Ini

Walaupun pendaftaran dibuka sejak Isnin lalu, jumlah syarikat memohon masih rendah. Setakat ini hanya 154 syarikat sudah mendaftar:

  • 70 syarikat (240 kenderaan) sektor pengangkutan awam
  • 84 syarikat (95 kenderaan) sektor pengangkutan barangan

Walaupun tiada tarikh tutup, saya menggesa syarikat pengangkutan yang layak mendaftar segera bagi memastikan mendapat manfaat subsidi pada hari pertama dilaksanakan."

Kad Flit Akan Diperkenal

Armizan berkata, syarikat yang selesai mendaftar SKPS perlu memohon kad flit (fleet card) daripada tiga syarikat minyak pilihan. Kad itu akan menjadi mekanisme utama mengakses petrol bersubsidi.

Menurutnya, subsidi itu bukan saja membantu syarikat mengurangkan kos operasi, tetapi dijangka menurunkan impak kos kepada pengguna akhir, terutama tambang pengangkutan awam dan harga barangan keperluan.

Cara Daftar SKPS

Permohonan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di mysubsidi.kpdn.gov.my.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kenderaan barangan, Kenderaan Pengangkutan, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), Subsidi Petrol Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my