• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotoGP Sepang Kembali! Semua yang Perlu Anda Tahu Tentang Tiket, Cara Tonton Aksi Hebat

MotoGP Sepang Kembali! Semua yang Perlu Anda Tahu Tentang Tiket, Cara Tonton Aksi Hebat

September 25, 2025 By Han Othman Leave a Comment

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Petronas MotoGP 2025

PADA 24 hingga 26 Oktober 2025 bakal menyaksikan kehangatan perlumbaan motosikal paling berprestij, Kejuaraan Dunia MotoGP, di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS.

Tidak kira sama ada anda peminat tegar Marc Márquez, Alex Marquex, Pecco Bagnaia,, atau penonton baharu, inilah peluang terbaik menyaksikan saingan premier secara langsung di litar bertaraf dunia!

Jenis Tiket Tersedia, Harga

Kategori Lokasi / Deskripsi Harga Semasa*
Premier Seat Pengalaman paling premium RM640 - habis dijual
Premier Roving Akses melihat aksi dari pelbagai sudut RM510
Marc Márquez Tribune Kawasan terpilih dengan tema 'Champion's Zone' RM460 - habis dijual
Main Grandstand selling fast!!! Pusat aksi - sesuai untuk penggemar sejati RM345
K1 Grandstand Pandangan menarik, lebih berpatutan RM206.25
F Grandstand Dekat selekoh 7 dan 8, boleh lihat aksi lebih dekat RM143.75
K2 Hillstand Pandangan panorama di lokasi tinggi RM49.90

* Harga adalah maklumat terkini setakat 20 Jun 2025; Status dan harga boleh berubah.

Butiran Penting, Hari Percuma

Tarikh: 24 - 26 Oktober 2025
Hari Pertama (24 Oktober, Jumaat): Masuk PERCUMA ke semua zon tempat duduk/tiket. Terhad kepada kapasiti, datang awal supaya tidak terlepas peluang

Cara Beli Tiket

1. Lawat laman rasmi 👉🏼  Sepang Circuit
2. Pilih kategori sesuai berdasarkan bajet dan pengalaman anda (contoh: Main Grandstand vs Premier Roving)
3. Klik Buy Now dan ikut arahan. Anda mungkin perlu mendaftar akaun jika belum
4. Semak butiran seperti tarikh, nama, zon tempat duduk dan hantarkan pembelian
5. Simpan e-tiket, dan pastikan anda cetak atau bawa salinan digital ke litar pada hari acara

Kenapa Wajib Pergi?

MotoGP Malaysia di SIC

  • Aksi terkini: Tukaran pelumba besar musim 2025 menjanjikan pertarungan sengit di litar
  • Pengalaman unik di litar bertaraf antarabangsa: Deruman enjin, kelajuan, kepantasan tayar dan aroma aspal memberikan bukan sekadar perlumbaan, tetapi pengalaman semua deria
  • Pilihan pelbagai tempat duduk: Dari tempat mewah seperti Premier Seat ke Hillstand untuk si bajet, semua ada pilihan untuk pelbagai jenis penonton

Tips, Persiapan

  • Bawa penutup telinga atau plug telinga kerana bunyi motosikal sangat kuat
  • Pakai pakaian selesa, dan bersedia dengan cuaca panas atau hujan (Sepang boleh berubah cuaca mengejut).
  • Tiba awal untuk elak kesesakan keluar masuk dan mencari tempat parkir. Gunakan aplikasi peta atau trafik.

Ya, pusingan MotoGP 2025 di Sepang nanti bukan sekadar acara sukan bermotor, tetapi memberikan pengalaman mengenai kelajuan, semangat Malaysia dan peluang merakam kenangan hebat di sana. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara hebat itu yang datang cuma setahun sekali.

Related

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cara Beli Tike MotoGP, GP Sepang, Kejuaraan Dunia MotoGP, Kejuaraan Dunia MotoGP 2025, MotoGP 2025, motogp sepang, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my