• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Rai 30 Tahun Kejayaan, Teruskan Misi Teroka Era Baharu

Modenas Rai 30 Tahun Kejayaan, Teruskan Misi Teroka Era Baharu

September 13, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Modenas rai ulang tahun penubuhan ke-30

PENGELUAR motosikal nasional dan subsidiari kumpulan DRB-Hicom, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan dalam majlis gilang-gemilang yang menghimpunkan rakan kongsi, kakitangan dan pemegang saham untuk menyorot tiga dekad kemajuan, sambil memperkenalkan pelan hala tuju syarikat bagi masa depan.

Sejak 1995, Modenas sinonim dengan mobiliti rakyat Malaysia, bermula dengan Modenas Kriss sebagai model motosikal cukup dikenali ramai hingga ke model prestasi tinggi hasil kerjasama strategik bersama Kawasaki.

Sorotan Perjalanan, Tokoh Penting

Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30 - Hitoshu Ito
Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30

Majlis tersebut turut dihadiri:

  • Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Faisal Albar
  • Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasaki Motors, Hiroshi Ito (foto atas kiri)
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan (foto bawah paling kanan)

Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30

Roslan berkata;

Modenas dibina atas kepercayaan Malaysia mampu menggerakkan dunia, bermula tanah air sendiri. Selama 30 tahun, motosikal kami membawa impian, membina kehidupan dan membentuk komuniti. Hari ini kita meraikan perjalanan itu, dan lebih penting, kita menatap jalan ke hadapan."

‘Keluarga Modenas’ di Sebalik Kejayaan

Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30

Dalam ucapannya, Roslan menzahirkan penghargaan kepada jurutera, pekerja dan pengedar Modenas yang disifatkan sebagai nadi kejayaan syarikat.

Setiap pencapaian Modenas dibina tangan dan kepercayaan rakyat Malaysia daripada jurutera di Gurun hingga rakan kongsi yang menyokong kami selama ini. Legasi kami terbina bersama, dan masa depan kami juga akan dicipta bersama,” katanya.

Pelancaran Model Baharu, Rancangan Masa Depan

Majlis turut menyaksikan:

  • Pelancaran rasmi skuter urban Modenas Elit 150S 2025
  • Pratonton eksklusif model supermoped baharu yang menggabungkan warisan Modenas dengan teknologi moden prestasi tinggi

Selain itu, Modenas turut merancang meluaskan jejak ke pasaran serantau seperti Filipina, Indonesia dan China, selain terus memperkukuh pelaburan dalam kejuruteraan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) motosikal generasi baharu.

Sedia Melangkah ke Dekad Baharu

Fokus juga diberikan kepada pembangunan bakat tempatan melalui inisiatif TVET dan kolaborasi industri, sejajar dengan aspirasi negara membina ekosistem automotif lebih mampan.

Dengan 30 tahun kejayaan dan ketahanan sebagai asas kukuh, Modenas kini bersedia melangkah ke dekad keempat lebih berani, lebih progresif dan bersedia untuk masa depan.

Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30
Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30 - Hitoshu Ito
Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30
Modenas Elit 150S 2025
Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30
Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30
Modenas Elit 150S 2025
Modenas sambut ulang tahun penubuhan ke-30

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Modenas, MODENAS 30 Tahun, MODENAS Elit 150S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my