• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

September 13, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Modenas Elit 150S 2025

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan dengan pelancaran rasmi skuter premium terbaharu, Modenas Elit 150S 2025, sekali gus menandakan kemunculan era baharu dalam barisan skuter 150cc tempatan.

Skuter itu menampilkan rekabentuk moden, teknologi canggih, dan keselesaan harian pada harga RM7,877. Modenas Elit 150S dibangunkan khas untuk penunggang urban yang mahukan lebih daripada sekadar pengangkutan biasa.

Rekaan Premium, Ciri Moden

Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025

Skuter itu hadir menampilkan rekabentuk agresif dan kemasan premium seperti lampu depan LED kembar dengan lampu siang (DRL) untuk kualiti pencahayaan lebih baik.

Ciri Modenas Elit 150S 2025

Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025

Antara ciri Modenas Elit 150S 2025 adalah:

  • Sistem kunci pintar (Smart Key System) dengan penghidup tanpa kunci (keyless) untuk kemudahan dan keselamatan tambahan
  • Panel meter LCD
  • Kapsiti ruang simpanan bawah pelana 23 liter

Modenas Elit 150S 2025

  • Sistem brek cakera depan dan belakang
  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan), dan. absorber kembar (belakang)
  • Lampu amaran kecemasan (hazard light)

Enjin Berkuasa, Jimat Bahan Api

Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025

Modenas Elit 150S 2025 dijana enjin patuh Euro4 150cc penyejukan cecair dengan output kuasa 10.5kW @ 8,250rpm, tork 13.5Nm @ 6,750rpm.

Kapasiti tangki petrol 12 liter membolehkan skuter itu ditunggang hingga 480km dengan satu isian penuh, sesuai untuk tunggangan harian atau jarak jauh.

Posisi menunggang direka ergonomik untuk keselesaan penunggang dan pembonceng yang praktikal untuk tunggangan bandar.

Warna Menarik, Simbol Gaya Hidup

Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025

Modenas Elit 150S 2025 ditawarkan dalam dua warna pilihan menarik:

  • Riviera Blue (biru)
  • Quantum Grey (kelabu)

Ini bukan sekadar skuter biasa, tetapi pernyataan gaya hidup yang menggabungkan prestasi, gaya dan fungsi harian dalam satu pakej lengkap.

Fokus Peluasan Pasaran

Modenas Elit 150S 2025

Pelancaran Modenas Elit 150S 2025 adalah sebahagian strategi Modenas untuk mengukuhkan kedudukan dalam segmen skuter premium dan meluaskan jejak ke pasaran pertumbuhan tinggi seperti Timur Tengah, China dan Filipina.

Modenas juga terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi lestari dan pembangunan bakat tempatan melalui inisiatif TVET.

Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025
Modenas Elit 150S 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MODENAS Elit 150S, roda2, skuter, Skuter moden, Skuter Modenas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my