• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akhirnya Yamaha Perkenal Enjin V4 Bagi Jentera MotoGP!

Akhirnya Yamaha Perkenal Enjin V4 Bagi Jentera MotoGP!

September 12, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

SELEPAS berbulan-bulan menguji secara tertutup, akhirnya Monster Yamaha Racing Factory secara rasmi memperkenalkan jentera baharu mereka yang menggunakan enjin konfigurasi V4 untuk kejohanan MotoGP.

Jentera prototaip M1 ini diperkenalkan kepada umum buat kali pertama di paddock Misano, menjelang perlumbaan Grand Prix San Marino hujung minggu ini. Ini menandakan langkah besar buat pengeluar Jepun itu yang sebelum ini setia dengan konfigurasi empat sebaris (inline-four) sejak sekian lama.

Ujian Sulit Kini Terbuka Kepada Umum

Sebelum ini, setiap sesi ujian dilakukan secara tertutup tanpa liputan media. Namun kali ini, Yamaha membuka selubung rasmi jentera tersebut yang menampilkan warna biru dominan di unit hospitaliti pasukan mereka di Misano.

Jentera V4 baharu ini akan muncul buat pertama kali dalam perlumbaan Ahad ini, dipandu oleh pelumba ujian, Augusto Fernandez.

Bintang pasukan, Fabio Quartararo, turut diberi peluang mencuba motosikal ini dalam sesi ujian tertutup di Barcelona awal minggu ini, dan dijangka akan menunggangnya lagi dalam ujian rasmi Dorna di Misano pada Isnin.

Perubahan Besar Selepas Era Inline-Four

Yamaha merupakan satu-satunya pengeluar MotoGP yang masih menggunakan enjin empat sebaris, namun mereka mengakui konsep itu kini sudah sampai ke had maksima prestasinya.

Walaupun peraturan baharu MotoGP pada 2027 bakal menukar kapasiti enjin kepada 850cc, Yamaha tetap nekad membangunkan enjin V4 1000cc sebagai persediaan awal untuk bersaing semula di barisan hadapan.

Perancangan awal menjangkakan jentera V4 ini akan membuat debut penuh pada musim 2026, namun buat masa ini Quartararo dan rakan sepasukan Alex Rins masih perlu menggunakan jentera sedia ada kerana sekatan teknikal MotoGP.

Potensi Tinggi, Fokus Ujian di Misano

Pelumba ujian Andrea Dovizioso yang turut terlibat dalam pembangunan projek ini berkata:

“Sejak kali pertama mencuba jentera ini di Malaysia, saya terus rasa selesa. Setiap kali tunggangan, prestasinya semakin baik dan saya nampak potensi yang sangat besar.”

Ketua projek M1, Kazuhiro Masuda pula menambah:

“Setakat ini, kemajuan projek berada dalam jangkaan kami. Jika semuanya berjalan lancar di Misano dan ujian Isnin ini, langkah seterusnya ialah ujian lanjut di Sepang dan Valencia.”

Yamaha turut mengesahkan bahawa Augusto Fernandez akan kekal sebagai pelumba ujian sehingga 2027, memberi kesinambungan penting dalam pembangunan jentera ini.

SUMBER: Motorsport.com

yamaha-factory-racing-v4 6
yamaha-factory-racing-v4-2
yamaha-factory-racing-v4-3
yamaha-factory-racing-v4-4
yamaha-factory-racing-v4-5
yamaha-factory-racing-v4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Monster Yamaha Racing Factory, Yamaha Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev