CHERY Malaysia rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak baharu, Chery O5 yang direka khas kepada pembeli muda yang mahukan gaya, teknologi dan prestasi dalam satu pakej lengkap pada harga RM116,800.
SUV segmen-C itu adalah evolusi daripada Chery Omoda 5 yang sudah mencatat lebih 13,000 unit jualan sejak 2023, dan kini hadir dengan rekabentuk lebih segar, suspensi baharu dan pelbagai teknologi terkini yang menjadi penanda aras baharu dalam segmen SUV kompak.
Enjin dan Prestasi - Satu-Satunya dalam Segmen
- Enjin 4-silinder 1.5L TCi 16-injap dengan output kuasa 156ps dan tork 230Nm
- Transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan
- Suspensi belakang kini menggunakan Multi-Link Independent, yang pertama dalam segmennya untuk kestabilan lebih baik, keselesaan pemanduan lebih lancar dan kawalan lebih yakin ketika mengambil selekoh
- Ada tiga mod pemanduan: Eco, Normal dan Sport
Rekabentuk Bergaya, Dinamik
- Dimensi panjang 4,400mm, lebar 1,830mm, dan tinggi 1,588mm, manakala jarak roda 2,630mm
- Ada empat pilihan warna: Khaki White (putih), Carbon Black (hitam), Phantom Grey (kelabu), dan Bloodstone Red (merah)
- Rekaan gril depan Pixel Diamond dan bampar depan bentuk X
- Lampu siang (DRL) bentuk anak panah
- Rim aloi 18 inci Black Sporty
- Spoiler baharu untuk lebih aerodinamik
- Kapasiti but 442 liter
Teknologi, Kemudahan Premium
- Paparan skrin kembar 20.5 inci
- Kerusi depan boleh laras elektrik 6-tetapan dengan dilengkapi ciri ventilasi untuk pemandu dan 4-tetapan (penumpang depan)
- Sistem audio premium Sony dengan lapan pembesar suara
- Panel tengah disediakan pengecas wayarles dan ruang simpanan dengan fungsi penyejuk
- Apple CarPlay dan Android Auto secara wayarles
- Bumbung suria elektrik
- Lampu ambien 64 warna
Rating Keselamatan 5-Bintang Asean NCAP
- Badan dibuat daripada 78 peratus keluli kekuatan tinggi
- Ada enam beg udara
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Kamera pandang keliling 540º definisi tinggi (HD)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Ada 18 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 seperti:
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Kawalan Jelajah Adapti (ACC)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Bantuan Trafik Sesak (TJA)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
Pakej Pelancaran, Waranti Menarik
Berikut pakej pelancaran ditawarkan Chery Malaysia:
- Waranti 10 tahun atay 1,000,000km bernilai RM2,000 (mana satu tiba dulu)
- Servis percuma tiga tahun (all-inclusive) bernilai RM4,000
- Ansuran bulanan bermula RM990 sebulan melalui kerjasama Maybank
Waranti Asas
- Waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km (mana satu tiba dulu)
- Bantuan tepi jalan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu (24/7) tanpa had
Chery O5 kini boleh ditempah dan dipandu uji di semua pengedar Chery seluruh negara.
SUV untuk Pemandu Muda Bergaya
Chery O5 membuktikan SUV kompak mampu hadir dengan teknologi premium, ciri keselamatan bertaraf tinggi dan harga kompetitif.
Dengan suspensi multi-link yang pertama dalam segmen, rekabentuk agresif dan kabin moden, model itu jelas menyasarkan pemandu muda yang mahukan gaya, prestasi dan keyakinan di jalan raya.
Leave a Reply