• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé, CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition Kini di Malaysia!

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé, CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition Kini di Malaysia!

September 10, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+dan CLA 45 S 4MATIC+ Final Edition

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan dua model coupé prestasi tinggi terbaharu, Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé dan Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition untuk pasaran Malaysia.

Pada harga RM538,888* dan RM722,888* setiap model, kedua-dua model itu menampilkan rekabentuk ekspresif, kejuruteraan canggih dan ciri eksklusif yang terus mengukuhkan reputasi AMG dalam segmen coupé prestasi. * Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk SST 10 peratus.

1. Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé serba baharu menggabungkan keanggunan 2-pintu dengan kehebatan prestasi AMG menerusi enjin 6-silinder sebaris 3.0L turbo kembar berserta tambahan buster elektrik (electric booster).

Output kuasa 330kW (449hp) dan tork 560Nm, manakala sistem overboost meningkatkan tork kepada 600Nm selama 12 saat untuk pecutan lebih agresif.

Prestasi Utama

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé

Berikut spesifikasi Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé:

  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.2 saat
  • Kelajuan maksimum 250kmj, boleh dipertingkat kepada 270kmj dengan pakej AMG Driver's Package
  • Transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9G dengan pilihan mod pemanduan AMG DYNAMIC SELECT
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4MATIC+
  • Suspensi adaptif AMG RIDE CONTROL dengan tiga tahap tetapan
  • Stereng gandar belakang untuk kawalan lebih lincah

Rekabentuk Luaran

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé menyerlah dengan bonet panjang berlengkung, gril radiator AMG bentuk-A, lampu DIGITAL LIGHT dengan fungsi projektor dan rim aloi AMG 20 inci.

Ciri tambahan seperti pakej AMG Night Package, dan AMG Carbon-Fibre Package, serta bumbung panoramik, termasuk lampu ambien identiti AMG.

Kabin Dalaman

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé

Ruang kabin dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci, unit infotainmen 11.9 inci dengan sistem MBUX terkini, lampu ambien 64 warna dan sistem audio premium Burmester® 3D.

Kerusi AMG Performance dengan balutan kulit ARTICO atau mikrofiber MICROCUT, kemasan gentian karbon, dan stereng Nappa AMG dengan butang kawalan AMG melengkapkan gaya sporty mewah.

2. Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition

Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC

Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition tampil lebih eksklusif dengan rekabentuk edisi khas. Coupé itu dijana enjin 4-silinder 2.0L turbo yang paling berkuasa dalam kelas dengan output kuasa 310kW (421hp) dan tork 500Nm.

Prestasi Utama

Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition

Berikut spesifikasi Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition:

  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.1 saat
  • Kelajuan maksimum 270kmj
  • Pacuan semua roda (AWD) AMG 4MATIC+

Ciri Eksklusif Edisi Akhir

Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC
  • Pakej AMG Night Package II dengan kemasan gril radiator krom hitam
  • Warna pilihan eksklusif: MANUFAKTUR Alpine Grey Solid (kelabu) dan Patagonia Red Metallic (merah)
  • Penutup tangki bahan api perak krom dengan ukiran AMG

Acara AMG World of Performance

Sempena pelancaran itu, MBM menganjurkan acara AMG World of Performance di 1Utama Shopping Centre, sepanjang 10 hingga 15 September 2025. Pengunjung boleh menyaksikan barisan penuh model AMG seperti A 45 S, CLE 53 baharu dan tawaran pandu uji model terpilih.

Selain itu, lima pelanggan bertuah turut diraikan dengan hadiah tiket penerbangan kelas bisnes Malaysia Airlines (MAS) bernilai hingga RM20,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan kepada komuniti pemilik AMG.

Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition
Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AMG World of Performance, Auto Terkini, Mercedes-AMG, Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Coupé Final Edition, Mercedes-AMG CLE 53 4MATIC+ Coupé, mercedes-amg coupe, Roda4, sports car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my