• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988

September 10, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

MODA Moca 2025

MDUA Motor Sdn Bhd secara rasmi memperkenalkan skuter 110cc, MODA Moca yang menggabungkan rekabentuk retro klasik dengan teknologi moden pada harga RM3,988.

Skuter itu dibangunkan khas buat penunggang urban yang sukakan gaya hidup ringkas, praktikal dan penuh karakter.

Rekabentuk Retro, Sentuhan Moden

MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025

Inspirasi rekabentuk MODA Moca banyak dipengaruhi gaya klasik Eropah, tetapi diberikan sentuhan moden supaya sesuai dengan cita rasa masa kini. Lekuk badan kemas bersama lampu LED depan dan belakang memberikan identiti tersendiri yang menjadikan skuter itu bukan sekadar pengangkutan tetapi juga lambang gaya hidup.

Moca ditawarkan dalam tiga warna pilihan menarik:

  • Neon Orange (jingga) - Simbol berani dan penuh tenaga
  • Piano Black (hitam) - Simbol elegan dengan aura klasik
  • Ocean Blue (biru) - Simbol segar dan ceria

Ringan, Lincah dan Praktikal Tunggangan Harian

MODA Moca 2025

Dengan berat hanya 89kg, MODA Moca sangat mudah dikawal di jalan raya dalam bandar yang sibuk, lorong sempit atau kawasan parkir terhad. Selain itu, skuter itu juga dilengkapi pelbagai ciri praktikal sepeti:

  • Ruang simpanan bawah pelana
  • Rak belakang dan cangkuk untuk beg atau barangan peribadi
  • Panel meter digital moden
  • Brek cakera depan untuk hentian lebih selamat
  • Lampu LED depan dan belakang untuk penglihatan jelas

Harga Mampu Milik, Waranti

MODA Moca 2025
MODA Moca 2025

MODA Moca dijual pada harga RM3,988 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) untuk pasaran Semenanjung Malaysia. Pakej harga itu menjadi pilihan menarik kepada mereka yang mahukan skuter harian dengan gaya tersendiri.

Setiap pembelian turut dipakejkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km untuk keyakinan tambahan kepada pemilik.

Pilihan Aksesori Tambahan

MODA Moca 2025
MODA Moca 2025

MDua Motor juga menawarkan aksesori rasmi untuk meningkatkan keselesaan dan gaya, seperti:

  • Pengadang angin depan (front windshield)
  • Kotak simpanan belakang (top box)
  • Aksesori gaya hidup lain mengikut cita rasa pengguna

Spesifikasi Ringkas MODA Moca

MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
  • Enjin patuh Euro4 4-lejang silinder tunggal 108cc SOHC penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI)
  • Output kuasa 8hp @ 7,500rpm, dan tork  8.5Nm @ 6,500rpm
  • Transmisi automatik CVT pacuan V-belt
  • Sistem brek cakera (depan), dan dram (belakang)
  • Sistem suspensi fork teleskopik (depan), swingarm tunggal (belakang)
  • Kapasiti tangki petrol 4.8 liter
  • Berat 89kg
  • Tinggi pelana 738mm
  • Jarak roda 1,275mm
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025
MODA Moca 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Moda Moca, roda2, Skuter Retro, skuter retro moden, Skuter ringan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my