• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023

JBPM Rekod 27 Kes Kebakaran Kenderaan EV dan Hibrid Sejak 2023

September 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Kebakaran BMW i7

SEBANYAK 27 kes kebakaran kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan Jabatan Bomda dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari 2023 hingga Julai 2025 dengan purata sekitar 10 kes setahun seluruh negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, walaupun EV mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan lebih mesra alam, tetapi kenderaan itu tetap berisiko tinggi terbakar.

Kebakaran EV merupakan cabaran besar kerana berisiko tingi ketika operasi pemadaman. Kaedah pemadaman menggunakan selimut api atau fire blanket langkah terbaik selain penggunaan api dan buih."

Agihan 'Selimut Api' Seluruh Negara

Selimut api (fire blanket) untuk padamkan EV terbakar
Selimut api (fire blanket) untuk padamkan EV terbakar

Bagi menangani isu itu, JBPM memperoleh 318 unit selimut api (fire blanket) bernilai RM915,000 tahun ini untuk diagihkan ke balai bomba terpilih seluruh negara.

Tambahan pula, 30 unit selimut api disumbangkan Persatuan Kenderaan Emisi Sifar (MyZEVA) yang mula diagihkan berperingkat sejak Disember 2024 hingga Mei tahun ini.

Aiman Athirah berkata, JBPM turut mengkaji peralatan khas lain seperti agen penyejukan dan bekas rendaman (immersion container) sebagai alternatif dalam operasi pemadaman kebakaran EV.

Air Kekal Kaedah Utama

Buat masa ini, air kekal agen penyejuk utama yang digunakan JBPM bagi mengurangkan tahap kepanasan bateri dan mengelakkan api merebak.

Kaedah lain seperti serbuk kering, agen pembersih dan gas lengai tidak sesuai digunakan di kawasan terbuka kerana memerlukan konsep pemadaman secara penuh (total flooding) untuk berfungsi dengan berkesan.

JBPM Perluas Persediaan Hadapi Risiko EV

Logo Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Peningkatan penggunaan EV di Malaysia membawa cabaran baharu kepada pihak berkuasa, terutama dalam aspek keselamatan kebakaran.

Dengan perolehan peralatan khas seperti selimut api dan kajian penggunaan agen penyejukan alternatif, JBPM menegaskan komitmen memastikan kebakaran melibatkan EV dapat ditangani lebih berkesan demi keselamatan orang ramai.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Tagged With: Auto Terkini, EV Terbakar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my